Tijani Motors Penjual Kereta Import Baharu Dan Terpakai Di Pontian

Pada 27 April 2018 saya bersama beberapa team JDTBlogger telah berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian dan Kesyukuran yang dianjurkan oleh Tijani Motors Sdn. Bhd. Majlis bermula pada jam 8.30 malam dan dihadiri oleh Pengarah Urusan Datuk Haji Mohd Tahir Bin Haji Mohd Noah, tetamu VIP dan beberapa rakan media.

Majlis pembukaan Tijani Motors Sdn. Bhd dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa kerja Raya Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor iaitu Yang Berhormat Datuk Ir Hasni Bin Hj. Mohammad.

Majlis Pemotongan Riben Oleh YB Datuk Ir Hasni Bin Hj. Mohammad

Tijani Motors Sdn. Bhd

Sebagai menyahut inspirasi yang ducetuskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada ‘ Misi Dekad baharu Johor ‘ dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan , Syarikat ini ( ahli kumpulan Gemilang Zamrud Sdn. Bhd. ) melangkah setapak lagi dengan memulakan perniagaan di dalam industri automotif iaitu sebagai penjual kenderaan import baharu dan terpakai seperti kereta import di Pontian Johor.

Syarikat berlandaskan permotoran automotif ini dimiliki oleh usahawan Bumiputera yang bernama Datuk Haji Mohd Tahir bin Haji Mohd Noah . Dengan lokasi menarik dan kepesatan pembangunan di Pontian, produk-produk yang berkualiti dan merupakan pengedar kereta import pertama di Pontian , Tijani bersama rakan niaga Yamud Enterprise bakal menjadi pemangkin dalam industri jual beli kereta import terpakai di daerah Pontian.

Lokasi berhampiran trafik light utama dan berhampiran McDonalds

Lokasinya pula amat strategik kerana berada di tengah-tengah laluan strategik dari Johor Bahru ke bandar Pontian Kechil. Terletak berhampiran dengan McDonalds Pontian di persimpangan lampu trafik yang menghala ke Kukup dan Pusat Perdagangan Utama.

Peminat-peminat kereta import disarankan datang sendiri ke bilik pameran supaya dapat melihat dengan lebih dekat lagi dan puas hati.

Lokasi syarikat

Sebahagian Gambar Kereta Import

Antara gambar kereta-kereta import baharu yang sedang dirakamkan. Sila ke lokasi pameran untuk melihat lebih banyak lagi.

Mercedez Benz

Toyota Wish

Nissan Juke

Nissan Juke

Toyota FJ Cruiser

Toyota FJ Cruiser

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :-

Tijani Motors Sdn. Bhd.
Alamat  : Lot 979 , jalan Johor, Bandar Pontian Kechil, 82030 Pontian, Johor
Telefon : 07-595 3752
Fax : 07-595 3753

Encik Fauzi : 010-784 2879
Encik Dzol : 013-685 4217
Encik Ismail : 012-7099908
.
Email : [email protected]
Facebook Page :  https://www.facebook.com/tijanimotors/
Instagram : https://www.instagram.com/tijanimotors/

Discussion

    • admin
  1. Wan Zawawi
    • Admin
  2. Sis Lin
    • Admin

Leave a Reply