Suka Duka Kehidupan

Pertanyaan Lazim Tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2018(FAQ)

0

Soalan lazim BR1M 2018 atau ringkasannya FAQ.  Dibawah ini merupakan beberapa pertanyaan lazim tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia. Artikel ini diterbitkan berikutan terlalu banyak pertanyaan yang saya terima menerusi email.

Secara jujur saya tidak mampu menjawab pertanyaan pembaca budiman sekalian satu persatu. Saya berharap dengan terbitnya artikel ini, ianya dapat membantu merungkaikan serba sedikit permasalahan yang dihadapi oleh pembaca.

soalan lazim brim 2018

Antara pertanyaan yang diterima ialah tentang permohonan, kemaskini dan juga tentang waris. Jadi soalan lazim brim 2018 dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:-

  • Permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018.
  • Maklumat waris pemohon BR1M.

1. Soalan lazim tentang permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018

S merupakan singkatan kepada soalan, manakala J merupakan singkatan kepada jawapan.

S: Bilakah pendaftaran BRIM 2018 dibuka?

J: Pendaftaran BR1M 2018 dibuka bermula pada 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017(Tertakluk kepada pindaan).

S: Siapakah yang layak membuat permohonan BR1M 2018?

J: Permohonan yang berkelayakan untuk memohon brim 2018 mestilah memenuhi syarat-syarat sebagaimana di bawah.

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah samada lelaki atau perempuan dan berpendapatan isi rumah dari RM4000 dan ke bawah sebulan.
  • Warga emas yang tinggal sebatang kara(berumur 60 tahun dan ke atas) dan berpendapatan kasar RM4000 dan ke bawah sebulan.
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dan berpendapatan kasar RM2000 dan ke bawah sebulan.
  • Bukan pelajar yang menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia(KADS1M) bagi sesi pembelajaran 2017/2018.

S: Bagaimana cara untuk memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018?

J: Terdapat dua cara untuk membuat permohonan, iaitu secara atas talian atau menggunakan borang secara offline.

  1. Permohonan secara atas talian. Boleh dilakukan di Portal Rasmi LHDNM dengan melayari url https://ebr1m.hasil.gov.my. Sebaiknya permohonan secara atas talian ini dibuat menggunakan komputer dan salinan pendaftaran permohonan hendaklah disimpan untuk rujukan. Tidak digalakkan menggunakan smartphone.
  2. Permohonan melalui borang secara offline. Borang BR1M 2018 boleh didapati secara percuma di Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat Hasil(PKH) LHDNM/Pusat Transformasi Bandar(UTC) LHDNM dan juga boleh dimuat turun dari Portal Rasmi LHDNM.

S: Bagaimana dan di mana hendak menghantar Borang BR1M 2018 yang telah siap diisi?

J: Borang BRIM 2018 boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:-

  • Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat Hasil(PKH) LHDNM/Pusat Transformasi Bandar(UTC) LHDNM
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP)
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK)
  • Pejabat Daerah

Penghantaran secara faks dan email tidak dibenarkan.

S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama borang brim 2018?

J: Salinan dokumen sokongan pemohon/pasangan/tanggungan(jika berkaitan) perlu dikemukakan seperti berikut:-

  • MyPR/MyKAS/Sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) ataupun dokumen perjalanan seperti visa dan passport sekiranya pasangan atau tanggungan bukan warganegara.
  • Salinan bukti status perceraian/kematian pasangan bagi status ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda(mana-mana yang berkaitan). Sijil perceraian pemohon hendaklah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau JPN.

Jika permohonan dibuat secara atas talian, Borang Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2018(BK-17) perlu diisi dan dihantar ke LHDNM semasa mengemukakan dokumen sokongan.

S: Saya telah mengemukakan salinan pengenalan pasangan/tanggungan ketika BRIM 2017, apakah saya perlu mengemukakan semula salinan pengenalan tersebut ketika membuat kemaskini brim 2018?

J: Tidak perlu sekiranya maklumat pasangan atau tanggungan adalah sama dan tiada perubahan. Kecuali jika pasangan ataupun tanggungan menggunakan pengenalan passport/MyKAS di mana pemohon perlu mengemukakan semula salinan pengenalan passport/MyKAS yang lengkap ke Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat Hasil(PKH) LHDNM/Pusat Transformasi Bandar(UTC) LHDNM yang berhampiran.

S: Adakah penerima brim sebelum ini perlu memohon semula atau mengemaskini maklumat?

J: Penerima BR1M perlu mengemaskini maklumat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun. Walaubagaimanapun kemaskini perlu dilakukan setiap tahun sekiranya berlaku perubahan seperti status perkahwinan, alamat surat-menyurat, maklumat bank, maklumat pasangan/tanggugan dan maklumat waris.

Bab seterusnya : BRIM 2018 Bila Dapat Duit.

P/S: Soalan lazim BR1M akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Comments
Loading...