Semakan PLKN 2018 Dan Permohonan Pelatih Sukarela

Semakan PLKN 2018. Kepada adik-adik remaja yang akan menjalani latihan khidmat negara 2018, anda sudah boleh membuat semakan penempatan dan tarikh lapor diri di pusat-pusat PLKN.

Semakan PLKN 2018 boleh dibuat secara online dan juga melalui SMS. Terdapat tiga cara yang boleh dilakukan sebagaimana di bawah ini.

Semakan PLKN 2018 Secara Online

Semakan penempatan pelatih PLKN boleh dilakukan dengan melayari pautan di bawah,

[+] http://www.khidmatnegara.gov.my/ispkn/index.php/pelatihOnlineServices/statusPenempatanPelatih

Semak Melalui Khidmat Pesanan Ringkas, SMS

  1. Taip: PLKN<space>KEM<space>[No Kad Pengenalan Anda]
  2. Hantarkan ke 15888

*Setiap mesej yang dihantar akan dikenakan cas sebanyak RM0.15.

*Setiap mesej yang diterima akan dikenakan cas sebanyak RM0.20.

Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya memasuki Program Latihan Khidmat Negara siri 15/2018.

Semak Melalui Panggilan Telefon

Anda boleh hubungi  03-40274747(Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang).

Pastikan anda membuat persediaan awal seperti kelengkapan pakaian dan peralatan yang bersesuaian untuk dibawa ke kem PLKN.
plkn

Objektif Program Latihan Khidmat Negara(PLKN)

Tujuan Program Latihan Khidmat Negara di adakan ialah untuk mencapai objektif seperti berikut:-

  1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  2. Memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

Program Latihan Khidmat Negara 2.0 akan dilaksanakan secara 2 fasa:

Fasa 1:

  1. Dilaksanakan selama 8 minggu di dalam kem.
  2. Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
  3. 8 modul iaitu Fit 4 Life, Tech & Talk, iUpgrade, Service Learning, Malaysiaku, Be Safe Be Alert, Kerohanian dan MyFuture.
  4. Latihan dilaksanakan di dalam kelas dan luar kelas.

Fasa 2:

  1. Kerjasama strategik dengan 10 kementerian untuk menyediakan tempat di 400 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) kepada pelatih yang telah menamatkan latihan Fasa 1.
  2. Pelajaran lebih kepada kemahiran teknikal.
  3. Jangkamasa latihan selama 3 hingga 36 bulan bergantung kepada kursus yang dipilih.
  4. Menyediakan kursus peringkat Sijil dan Diploma yang diiktiraf.

Permohonan Kemasukan Pelatih Sukarela Secara Online

Permohonan kemasukan pelatih sukarela secara online bagi kemasukan siri 15/2018 boleh dibuat melalui pautan di bawah.

PERMOHONAN PELATIH SUKARELA PLKN ONLINE

* Penyertaan ini dibuka bagi individu yang lahir pada 1997,1998,1999 dan 2000

Panduan Permohonan Pelatih Sukarela PLKN

Jika ibu bapa ingin menghantar anak masing-masing sebagai pelatih sukarela PLKN,  di bawah ini merupakan panduan permohonan yang boleh anda ikuti.

  • Penyertaan pelatih sukarela adalah untuk remaja berumur 18 tahun sehingga 21 tahun sahaja.
  • Pemilihan pelatih sukarela tertakluk kepada dasar JLKN.
  • Penempatan kem dibuat oleh JLKN dan bergantung kepada kekosongan kem.
  • Pelatih sukarela akan menikmati segala kemudahan dalam kem.
  • Kelulusan penyertaan tertakluk kepada keputusan JLKN dan akan dimaklumkan melalui Notis Pemberitahuan Pelatih.
  • Pengangkutan pergi dan balik ke kem bagi pelatih yang terpilih disediakan oleh pihak Jabatan.
  • Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Kemasukan Sukarela PLKN yang boleh dimuat turun di Laman Web rasmi Khidmat Negara atau membuat permohonan secara online.
  • Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui kaedah:-
    a) Pos ke alamat: Unit Sukarela, Bahagian Pengurusan Pelatih,
    Jabatan Latihan Khidmat Negara,
    Kementerian Pertahanan Malaysia,
    Aras 2, Bangunan Zetro, Jalan 9/27C,
    Seksyen 5, Wangsa Maju,
    53300 Kuala Lumpur ; atau
    b) Emel di alamat [email protected] ; atau
    c) Faks di talian 03-4207 4333 / 4224

Borang permohonan sebagai pelatih sukarela PLKN boleh juga dimuat turun dengan menekan butang “DOWNLOAD BORANG” di bawah.

DOWNLOAD BORANG

Sumber :  Khidmatnegara.gov.my

*Artikel semakan PLKN 2018 ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Leave a Reply