Suka Duka Kehidupan

Semakan BRIM 2018 : Status Samada Lulus Atau Tidak, Ikuti Langkah Mudah Ini

0

Semakan brim 2018. Saya tahu ramai pemohon ingin mengetahui status brim mereka. Adakah permohonan mereka lulus ataupun tidak. Jika tidak, pasti mereka ingin membuat rayuan.

Artikel ini saya akan jelaskan secara terperinci tentang panduan semakan status brim 2018 samada lulus atau tidak. Di artikel akan datang, saya juga akan jelaskan sebab-sebab brim ditolak dan bagaimana cara buat rayuan.

Dengan kemajuan yang dicapai dan teknologi digital yang semakin maju di negara kita, semakan brim kini boleh dilakukan begitu pantas. Pemohon boleh semak status brim secara online. Sungguhpun begitu terdapat beberapa kaedah lain yang boleh digunakan oleh pemohon untuk membuat semakan status brim.

MAKLUMAT TERKINI:

  • Tarikh akhir penunaian Baucar BRIM 2017 telah dilanjutkan sehingga 28 Disember 2017.
  • Permohonan Baharu / Kemas Kini BRIM 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Panduan Semakan BRIM 2018

Jika anda membuat permohonan baharu ataupun membuat kemaskini brim, keputusan status permohonan akan mengambil sedikit masa. Ini kerana maklumat pemohon perlu melalui proses semakan dan verifikasi daripada beberapa agensi sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Antara agensi-agensi yang terlibat ialah:-

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(LHDNM)
  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM)
  • Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
  • Jabatan Agama Islam Negeri
  • Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)
  • Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)
  • Kumpulan Wang Persaraan
  • Angkatan Tentera Malaysia(ATM)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Kementerian Luar Negeri

Terdapat empat kaedah semakan brim 2018. Kaedah yang paling popular ialah semakan status brim secara online.

1. Semakan BRIM Secara Online

Sila layari Portal Rasmi e-BRIM.

mybr1m

Ikuti langkah mudah di bawah ini:

1. Menu MyBRIM

  1. Pilih menu MyBRIM
  2. Masukkan No Kad Pengenalan
  3. Klik Butang Log Masuk
  4. Soalan keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.
  5. Pemohon wajib menjawab dua soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke laman MyBRIM.
  6. Soalan dan jawapan bagi soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon.
  7. Setiap satu soalan hanya dibenarkan menjawab sebanyak 3 kali sahaja.
  8. Jika jawapan yang diberikan masih salah setelah tiga kali percubaan bagi setiap 3 soalan telah habis, peringatan seperti di bawah akan dipaparkan.jawpan brim salah
  9. Jika no kad pengenalan tidak sah dimasukkan, mesej berikut akan dipaparkan.kad penegnalan tidak wujud

2. Paparan MyBRIM
paparan mybr1m

  1. Di dalam features aplikasi MyBRIM sperti di atas, pemohon boleh membuat semakan status, kemas kini permohonan, cetakan borang permohonan, melihat peti mel dan juga maklum balas.

3. Semakan Status

semakan brim 2018

  1. Klik pada menu semakan status
  2. Paparan seperti diatas akan dipaparkan
  3. Klik butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan
  4. Kli butang Keluar untuk kembali ke laman MyBR1M.

4. Paparan pada semakan status brim 2018

Pemohon akan dapat melihat 7 notifikasi setelah melakukan semakan satus brim. Antara notifikasi tersebut ialah:-

  • Didaftarkan – Permohonan berdasarkan data BRIM 2017 yang belum dikemaskini.
  • Diterima – Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima.
  • Dalam Proses – Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan.
  • Ditangguhkan – Pemohon perlu membuat kemas kini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan.
  • Lulus – Permohonan telah diluluskan/berjaya.
  • Tidak Lulus – Permohonan tidak diluluskan/tidak berjaya.
  • Status Kerdit Tidak Berjaya – Surat makluman lulus gagal kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional(BSN) sahaja.

Semua maklumat yang dipaparkan dalam permohonan BR1M menjadi hak milik kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi kerajaan.

Senarai Bank Terlibat Dengan Pembayaran BRIM 2018

  1. Affin Bank
  2. Agro Bank
  3. Alliance Bank Malaysia Berhad
  4. AM Bank Berhad
  5. AL Rajhi Bank
  6. Bank Islam Malaysia Berhad
  7. Bank Rakyat
  8. Muamalat Malaysia Berhad
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. CIMB Bank Berhad
  11. CITIBANK Berhad
  12. Hong Leong Bank
  13. Hongkong Shanghai Bank Malaysia Berhad
  14. Maybank
  15. OCBC Bank
  16. Public Bank Berhad
  17. RHB Bank Berhad
  18. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  19. United Overseas Bank(Malaysia) Berhad

Bab seterusnya : BRIM 2018 Bila Dapat Duit.

Source https://ebr1m.hasil.gov.my
Comments
Loading...