Suka Duka Kehidupan

Anda Ada Saman? Jom Semak Tanpa Perlu Ke Kaunter PDRM Dan JPJ

Semak saman. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk check saman PDRM, JPJ dan AES pada masa sekarang.  Sebelum ini untuk semak saman, orang ramai perlu pergi ke kaunter trafik COPS(Computer Online Payment System).

Kaunter trafik COPS ini terletak di semua lokasi Ibu Pejabat Polis Daerah, Kaunter JPJ yang terpilih dan kaunter trafik di kompleks membeli belah yang terpilih.

Tetapi sekarang tidak perlu lagi beratur dikaunter agensi terbabit. Jika anda hanya ingin menyemak saman, ianya sudah boleh dilakukan secara online dan juga perkhidmatan SMS.

Zaman sekarang sudah moden. Teknologi pun semakin bertambah maju. Apa yang penting kita perlu tahu cara menggunakan teknologi yang dibangunkan.

Kali ini Rossaimi akan tunjukkan cara check saman secara online dan sms.

semak saman pdrm

Cara Semak Saman Secara Online

Terdapat 3 laman yang menyediakan perkhidmatan check saman secara online. Anda boleh membuat semakan secara percuma.

1. MyEG Services

Perkhidmatan MyEG bukan tertumpu kepada semak saman pdrm sahaja, orang ramai juga boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bayar saman pdrm dan juga memperbaharui permit kerja warga asing.

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini:-

  1. Layari laman https://www.myeg.com.my/. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sekiranya anda menggunakan perkhidmatan ini kali pertama. Klik REGISTER untuk mendaftar.
  2. Pilih “personal” jika untuk kegunaan persendirian atau “company” untuk kegunaan organisasi anda.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan sehingga selesai dan tekan SUBMIT. Pastikan anda tidak lupa username dan password yang digunakan semasa pendaftaran.
  4. Activation email akan dihantar ke email anda. Anda perlu buka email untuk membuat validation bagi menggunakan MyEG Services.
  5. Langkah seterusnya ialah login menggunakan username dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  6. Klik eServices pada menu dan pilih PDRM atau JPJ. Untuk semak saman AES, sila pilih JPJ.
  7. Pilih features yang berkenaan untuk membuat semakan dan seterusnya membuat pembayaran saman kenderaan anda.

2. Rilek e-Services

Laman Rilek e-Services hanya boleh digunakan untuk menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM sahaja.

  1. Layari laman https://www.rilek.com.my/users/login/rmp/summons-inquiry. Lakukan pendaftaran sekiranya anda belum berbuat demikian dengan klik butang REGISTER.
  2. Setelah selesai proses pendaftaran, login menggunakan username dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada dropdown menu “Search By” dan pilih kaedah semakan.
  4. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan tekan butang NEXT.

3. JPJ

Laman JPJ ini hanya boleh digunakan untuk menyemak saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja. Anda tidak perlu melakukan pendaftaran.

  1. Layari laman http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis.
  2. Dibawah perkataan semakan saman, ada tertera menu “pilihan carian”. Anda boleh buat pilihan, samada ingin menyemak menggunakan nombor id sahaja, atau menggunakan nombor id dan nombor kenderaan.
    semakan saman jpj
  3. Pilih KATEGORI ID. Pilih samada penduduk/pemastautin sementara(MYKAS), penduduk tetap Malaysia(PTM), orang awam Malaysia(MyKAD), anggota polis(POL), anggota tentera(TEN), syarikat/pertubuhan, bukan warganegara Malaysia(LLN).
  4. Masukkan No. ID dan No. pendaftaran kenderaan anda serta kod sekuriti. Klik butang SEMAK.
  5. Keputusan semakan akan dipaparkan di bawah features HASIL CARIAN.

Semakan Saman Melalui SMS

Selain semakan secara online, orang ramai juga boleh menggunakan perkhidmatan SMS untuk semak saman PDRM dan JPJ. Cas 15 sen akan dikenakan bagi setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.

Cara semak saman PDRM/JPJ melalui SMS

  1. Taipkan:
    POLIS<jarak> SAMAN<jarak>[ NO. KAD PENGENALAN atau NO KENDERAAN]
  2. atau

    Sekiranya saman JPJ, taipkan:

  3. JPJ<jarak> SAMAN<jarak>[ NO. KAD PENGENALAN atau NO KENDERAAN]
  4. Hantarkan SMS ke 15888
Comments
Loading...