Semak Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA UPKK 2017 Secara Online Dan SMS

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA UPKK bagi sesi akademik 2017 telah diumumkan keluar pada 29hb Januari 2018. Pelajar boleh semak keputusan UPKK bermula jam 11.00 pagi pada 29hb Januari 2018 hingga jam 5.00 petang pada 5hb Februari 2018.

Bagaimana nak semak?

Semakan keputusan UPKK boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu secara online dan juga SMS. Di bawah ini diperincikan cara menyemak keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA untuk rujukan pembaca sekalian.

Cara Semak Keputusan UPKK 2017 Secara Online

Cukup simple dan mudah. Anda hanya perlu klik pautan link yang disediakan di bawah ini. Pautan link tersebut merupakan URL bagi Portal Rasmi Sistem Maklumat Pendidikan Islam(SIMPENI) JAKIM.

KLIK=> http://semakan.islam.gov.my/

Paparan sebagaimana di bawah akan kelihatan. Masukkan Nombor MyKID atau nombor pengenalan khas yang telah didaftarkan sebelum Ujian Penilaian Kelas KAFA 2017.

semak keputusan upkk 2017

Semak Keputusan Melalui SMS

Di bawah ini merupakan cara semak keputusan UPKK menggunakan perkhidmatan MySMS 15888. Setiap penghantaran akan dikenakan cas sebanyak 15 sen dan penerimaan sebanyak 20 sen.

semak upkk sms

Ikuti arahan SMS di bawah ini.

1. TAIPKAN :

UPKK<jarak>Nombor MyKID

Contoh: UPKK 060403017676

Atau

UPKK<jarak>Nombor Pengenalan Khas

Contoh: UPKK 17A06153A01

2. Hantarkan ke 15888

Selamat berjaya diucapkan kepada adik-adik pelajar sekelian.

Leave a Reply