in

Semak Daftar Pemilih Secara Online Dan SMS TERKINI, Adakah Anda Layak Mengundi Pada PRU14?

Semak daftar pemilih SPR PRU14. Sekiranya anda merupakan pengundi berdaftar, semakan daftar pemilih boleh dibuat secara online dan sms bagi mengesahkan lokasi tempat mengundi dan juga beberapa maklumat lain. Tidak perlu lagi menunggu tarikh hampir pilihan raya. Anda boleh menyemak status daftar pemilih anda sepanjang tahun.

Akan tetapi jika anda belum mendaftar, anda tidak layak menjadi pengundi. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftarkan diri anda sebagai daftar pemilih.

Ada beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi untuk mendaftar sebagai pemilih. Syarat kelayakan sebagai pemilih sebagaimana di bawah.

Syarat Kelayakan Mendaftar Sebagai Pemilih

  • Warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur 21 tahun
  • Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

Mungkin ada yang bertanya, di manakah tempat untuk mendaftar sebagai pemilih?

Pendaftaran boleh dibuat di kaunter-kaunter berikut sepanjang tahun.

  • Kaunter pendaftaran pemilih, ibu pejabat SPR di Putrajaya
  • Pejabat Pilihan raya negeri
  • Pejabat Pos Malaysia
  • Kaunter SPR yang dibuka pada masa-masa tertentu
  • Penolong Pendaftar Pemlih(PPP) yang dilantik oleh SPR

Bagaimanakah caranya?

  • Datang sendiri dengan membawa kad pengenalan anda ke mana-mana pusat pendaftaran yang disebut di atas.
  • Serahkan kad pengenalan kepada petugas untuk disikan ke dalam Borang A(Borang Pendaftaran)
  • Sila semak maklumat yang diisi oleh petugas. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan betul
  • Turunkan tandatangan dan dapatkan salinan borang pendaftaran untuk simpanan anda.

Pendaftaran pemilih tidak boleh dilakukan secara online. Ianya perlu dilakukan di kaunter-kaunter SPR yang dinyatakan di atas tadi.

Hanya semakan daftar pemilih sahaja yang boleh dilakukan secara online. Cara semak daftar pemilih sebagaimana di bawah.

Cara Semak Daftar Pemilih

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menyediakan dua saluran untuk memudahkan anda menyemak daftar pemilih, iaitu secara online dan juga SMS.

Semakan Secara Online

Jika anda ingin membuat semakan secara online, SPR telah menyediakan satu laman web khas. Anda boleh pilih samada ingin menyemak secara individu ataupun isi rumah.

1. Secara Individu

semak daftar pemilih

  • Layari laman web khas SPR di url http://pengundi.spr.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa jarak
  • Masukka Aksara Captcha dan klik butang SEMAK
  • Sekiranya berjaya, maklumat seperti nombor kad pengenalan, nama, tarikh lahir, jantina, lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri akan dipaparkan sebagaimana di bawah.
  • Cetak dan simpan untuk rujukan anda.

keputusan semakan daftar pemilih

2. Secara Isi Rumah

semakan isi rumah

  • Semakan boleh dibuat melalui url https://pengundi.spr.gov.my//isirumah2/semakandm_baru2.asp
  • Masukkan nombor kad pengenalan setiap pemilih. Jika ingin menambah ruangan, sila klik “tambah IC”
  • Setelah siap memasukkan nombor IC pemilih, sila isikan Aksara Captcha dan klik “SEMAK”.
  • Sistem ini menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang secara serentak. Ia membolehkan pemilih yang menghuni sesebuah rumah yang sama mengesahkan samada mereka didaftarkan di kawasan parlimen, DUN, daerah mengundi dan lokaliti yang sama.

Semakan Melalui SMS

Selain secara atas talian, anda juga boleh semak menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS. Cara-caranya seperti berikut.

  1. Taipkan SPR<jarak>[No Kad Pengenalan]
  2. Hantarkan ke 15888

Sila rujuk gambar di bawah ini.

semak daftar pemilih sms

*Maklumat semakan adalah Daftar Pemilih Terkini Suku 3 Tahun 2017 yang diwartakan pada 28 Disember 2017.

DISCLAIMER: Artikel ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan ilmiah semata-mata. Sekiranya anda ingin maklumat yang lebih sahih, sila layari laman web rasmi SPR.

SUMBER: SPR

Loading...