Suka Duka Kehidupan

Semak Akaun ASB Online Melalui MyASNB

​Tidak perlu lagi menggunakan buku akaun ASB untuk menambah pelaburan, keluarkan duit dan kemaskini akaun. 

Boleh guna perkhidmatan online. Tapi bagaimana?

Artikel ini akan tunjukkan cara semak akaun ASB online langkah demi langkah. Harap anda baca sampai habis.

More...

​Akan tetapi jika anda nak buat semakan di kaunter ASB, tidak menjadi masalah kerana ianya masih boleh digunakan. Bukan setakat ASB, semua produk Unit Amanah ASNB boleh diakses melalui portal MyASNB.

semak akaun asb online

Kredit gambar : Portal MyASNB

​Tetapi sebelum anda dibenarkan mengakses ke portal tersebut, anda hendaklah mendaftarkan diri sebagai pengguna MyASNB.

Bagaimana nak daftar?

Klik laman MyASNB di bawah.

​Cari "Daftar di sini" yang terletak dipenjuru atas sebelah kiri screen. Paparan sebagaimana di bawah akan kelihatan.

pendaftaran portal myasnb

​Cara Pendaftaran Pengguna Portal MyASNB

​Ikuti langkah mudah di bawah ini satu persatu:

  1. Kemaskini maklumat anda seperti nombor telefon di mana-mana kaunter ataupun ejen ASB. Pastikan anda menggunakan nombor telefon yang sah dan masih aktif. Akan digunakan untuk menerima transaksi TAC semasa proses pendaftaran nanti.
  2. Layari laman https://www.myasnb.com.my/ , cari "Daftar di sini" yang terletak dipenjuru kiri screen PC anda. Paparan sebagaimana gambar di atas akan kelihatan. Baca arahan yang diberikan. Tekan butang "TERUSKAN".
  3. Baca "Terma & Syarat", tandakan pada ruangan "Saya telah membaca dan bersetuju dengan ......" dan klik butang "SETUJU".
  4. Masukkan maklumat asas seperti jenis dan nombor kad pengenalan, dan pilih satu produk ASNB yang anda langgan. Tekan butang "SETERUSNYA".
  5. Ikuti langkah yang diarahkan satu persatu sehingga selesai proses pendaftaran. Sekiranya berjaya kata laluan sementara akan diberikan.
  6. Lakukan "Login First Time" dengan menggunakan ID yang anda daftarkan beserta dengan kata laluan sementara. Jangan lupa tukar kata laluan sementara dengan kata laluan yang baru.
  7. Login semula dengan kata laluan baru untuk mengakses produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh ASNB.

​Feature Ditawarkan Untuk Semak Akaun ASB Secara Online

​Setelah anda login, anda akan nampak beberapa feature yang ditawarkan oleh ASNB seperti portfolio, penyata, transaksi dan kemaskini maklumat.

Feature portfolio ialah untuk melihat baki dan nilai pelaburan tunai ASB anda.

Penyata pula memaparkan maklumat urusniaga ASNB anda dalam masa 90 hari.

Manakala transaksi pula memaparkan status transaksi yang dilakukan dalam masa 90 hari.

Kemaskini profil ialah untuk mengemaskini maklumat peribadi pemegang unit.

​Selepas ini anda sudah boleh semak akaun ASB online tanpa perlu pergi ke kaunter ASB. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

https://www.myasnb.com.my/
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.