Suka Duka Kehidupan

SAPS Ibu Bapa 2017 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online

Apakah itu SAPS Ibu Bapa 2017, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online?

SAPS merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk menganalisis data peperiksaan pelajar di sekolah. Dibangunkan secara atas talian dan boleh dicapai oleh mana-mana pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga pihak sekolah.

Penggunaan sistem ini ternyata memberikan kebaikan dan kelebihan kepada ibu bapa. Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar dengan hanya melayari laman web ini tanpa perlu menghadirkan diri ke sekolah.

Sistem Semakan Saps ini akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar, jadi ibu bapa boleh mengetahui tahap akademik masing-masing secara real time.

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS Sistem analisis Peperiksaan Sekolah dibahagikan kepada dua kegunaan,

  1. Kegunaan guru
  2. Kegunaan ibu bapa

Pilih kegunaan anda dibawah ini, ikuti langkah demi langkah.

Saps Login Khas Guru

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah khas guru boleh dicapai melalui portal NKRA.

  1. Klik =>LOGIN KHAS GURU
  2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan
  3. Setelah klik LOGIN, halaman seterusnya akan dipaparkan satu persatu.

login saps guru

Login Saps Ibu bapa 2017

Layari url -> https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Melalui SAPS Ibu bapa 2017, perlu melakukan dua langkah carian iaitu carian murid dan juga carian sekolah.

  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor sijil lahir pelajar, klik butang CARI
  2. Masukkan nama NEGERI, cari nama sekolah pelajar dan tekan butang SEMAK

 saps ibu bapa 2017
P/S: Ibubapa digalakkan terlebih dahulu menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui tarikh semakan keputusan peperiksaan.

Dengan adanya sistem ini, guru dan ibu bapa dapat melihat prestasi pelajar melalui luar sekolah. Ianya mampu mengukur nilai prestasi pelajar dan juga dapat melihat kelemahan pelajar kerana SAPS akan menganalisis data keputusan peperiksaan pelajar.

Guru kelas mendapat banyak kebaikan dengan penggunaan sistem ini. Mereka tidak lagi perlu menagih markah pelajar daripada guru matapelajaran sepanjang masa, kerana guru matapelajaran akan mengisi markah matapelajaran ke dalam SAPS.

Diperingkat yang lain pula seperti pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM juga boleh terus melihat prestasi sekolah dengan hanya melayari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Secara Online. Ibu bapa juga boleh membuat semakan online di SAPS tanpa perlu pergi ke sekolah.

Kesimpulannya, SAPS Semakan Ibu Bapa ini sudah boleh dilakukan secara online.  Antara keputusan peperiksaan yang boleh di semak ialah:

  • Keputusan pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga darjah enam.
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Takwim Kemasukan Markah Peperiksaan Dalaman 2017

Sebagai kemudahan ibu bapa untuk membuat semakan, di bawah ini dinyatakan takwin kemasukan markah peperiksaan akhir tahun 2017 ke dalam sistem SAPS.

Tarikh kemasukan data bagi tahun 5 dan tingkatan 4 bagi peperiksaan akhir tahun bermula pada 2 November 2017 hingga 24 november 2017.

takwim peperiksaan dalaman sekolah 2017

Nota: Tarikh yang sama boleh diguna pakai bagi tahun 1 – 5, dan tingkatan 1,2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Link download : Takwim 2017

Walaubagaimanapun, peperiksaan seperti PT3, UPSR dan SPM masih belum boleh disemaka menggunakan sistem SAPS ini.

Selamat menggunakan SAPS Ibu Bapa 2017.

Leave A Reply

Your email address will not be published.