Suka Duka Kehidupan

Permohonan Dan Kemaskini BRIM 2018 Online [Panduan Terkini]

0

Permohonan dan kemaskini BRIM 2018 secara online. Permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 dan kemaskini maklumat sedia ada boleh dibuat bermula 27 November hingga 31 Disember 2017.

Permohonan baru adalah bagi mereka yang belum pernah memohon sebelum ini, ataupun pemohon yang gagal dalam permohonan BR1M pada tahun sebelumnya.

Manakala kemaskini BRIM 2018 pula perlu dilakukan oleh pemohon sekiranya ada perubahan terhadap maklumat peribadi seperti tanggungan, kematian pasangan, telefon, alamat ataupun nombor akaun bank dan seumpamanya.

Kemaskini br1m perlu dilakukan setiap tiga tahun sekali.

Perlu diberi perhatian, setiap maklumat perlu diisi dengan tepat bagi mengelakkan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 anda gagal diproses ataupun ditolak.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Dokumen Salinan Yang Perlu dikemukakan ialah:

  • MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan).
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda.
  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

Panduan Pengguna Membuat Permohonan Baru BR1M 2018

Panduan permohonan di bawah ini adalah berdasarkan ilustrasi dan gambar permohonan BR1M 2017. Sebarang perubahan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Layari laman : https://ebr1m.hasil.gov.my/(bermula 27 November hingga 31 Disember 2017)
permohonan br1m 20181. Permohonan Baru Secara Online.
  1. Pilih menu PERMOHONAN BARU
  2. Sila masukkan NO MYKAD
  3. Klik butang HANTAR

Borang permohonan akan dipaparkan jika data anda masih belum wujud. Akan tetapi jika no mykad anda tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, paparan mesej seperti di bawah akan dipaparkan.

data pemohon tidak wujud di jpnJika data peribadi telah ada di dalam sistem, paparan mesej seperti di bawah akan dipaparkan dimana pemohonan perlu melakukan kemaskini maklumat BR1M.

kemaskini br1m 20182. Bahagian A – Pengisian maklumat pemohon.

Sila isikan maklumat pemohon di ruangan bahagian A, seperti:-

  • Nama (Nama pemohon akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan).
  • No MyKad (No MyKad akan dipaparkan berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan).
  • Tarikh Lahir (Dipaparkan secara automatik jika maklumat diri anda wujud di data JPN).
  • Umur (Dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat tarikh lahir di JPN).
  • Jantina (Dipaparkan secara automatik jika maklumat jantina pemohon wujud di JPN).
  • Status Pekahwinan (Sila pilih Status Perkahwinan samada kahwin atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda atau bujang.
  • Tarikh penceraian/kematian pasangan (Jika status perkahwinan adalah Ibu / Bapa Tunggal / Balu /Janda / Duda, sila masukkan Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan. Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan mestilah tidak melebihi tarikh semasa memohon.
  • No Telefon Rumah (Sila masukkan no telefon rumah).
  • No Telefon Bimbit (Sila masukkan no telefon bimbit).
  • Pekerjaan (Sila Pilih Pekerjaan. Bekerja sendiri atau penggajian samada makan gaji / upah) atau tidak bekerja).
  • Nama Bank (Sila pilih nama bank).
  • No Akaun Bank (Sila masukkan no akaun bank).
  • Alamat Surat Menyurat Terkini (Sila masukkan Alamat Surat–Menyurat Terkini, Poskod,Bandar / Daerah dan Negeri. Maklumat Bandar / Daerah dan Negeri akan dipaparkan secara automatik jika maklumat Poskod yang dimasukkan adalah sah. Sekiranya maklumat Poskod yang dimasukkan adalah tidak sah, mesej peringatan akan dipaparkan.

kemaskini brim 20183. Bahagian B – Maklumat sendiri/ Ahli rumah.

  1. Pada ruangan SENDIRI, sila isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM). Jika tiada Pendapatan Bulanan (RM), sila isi “0”.
  2. Jika status perkahwinan KAHWIN, maklumat pasangan wajib diisi.
  3. Pilih jenis pengenalan dan masukkan nombor kad pengenalan pasangan.
  4. Nama pasangan akan terpapar secara automatik jika maklumat ada di data JPN.
  5. Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) pasangan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.
  6. Jika mempunyai Tanggungan, sila klik simbol “tambah berwarna biru” terlebih dahulu sebelum maklumat tanggungan diisi.
  7. Pilih jenis pengenalan dan masukkan nombor pengenalan tanggungan.
  8. Nama tanggungan akan terpapar secara automatik jika mempunyai maklumat di JPN.
  9. Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) tanggungan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.
  10. Klik pada simbol “pangkah berwarna merah” jika ingin menghapuskan maklumat tanggungan yang telah diisi.
  11. Kotak mesej bagi pengesahan hapus maklumat tanggungan akan dipaparkan.
  12. Klik ‘OK’ jika pasti untuk hapus maklumat tanggungan dan MAKLUMAT SENDIRI /ISI AHLI RUMAH akan dipaparkan semula.
  13. Jika klik pada ‘Cancel’, maklumat tanggungan akan dipaparkan semula dan proses hapus maklumat tanggungan batal.
  14. Jika maklumat pasangan/tanggungan tidak wujud di JPN/Agensi, kotak mesej berikut akan dipaparkan dan nama perlu diisi secara manual.

4. Bahagian C – Maklumat waris
 Seterusnya ialah pengisian maklumat waris. Klik “pilihan waris” samada ADA waris atau TIDAK. Contohnya anda boleh lihat seperti gambar dibawah.
maklumat waris penerima br1mSekiranya ADA waris diklik, maklumat waris akan dibuka dan perlu diisi.
ada warisMaklumat waris akan dipaparkan secara automatik, sekiranya wujud maklumat pasangan/ tanggungan di bahagian B – iaitu bahagian maklumat sendiri/isi rumah.

Anda dibenarkan untuk mengemaskini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain.

Jika tiada maklumat diruangan ini, pemohon hendaklah mengisi secara manual. Nama waris akan dipaparkan secara automatik jika wujud data di Jabatan Pendaftaran Negara.

Sila pilih hubungan seperti pasangan, ibu, bapa, anak ataupun adik beradik.

Pilih jenis pengenalan dan lengkapkan maklumat waris.

Jika TIADA waris diklik, ruangan di bahagian C tidak perlu diisi.

5. Akaun Pengesahan.

Sila masukkan kod sepertimana yang dipaparkan diruangan “kod Pengesahan” di sebelah kiri dan klik butang hantar. Contoh anda boleh rujuk sepertimana gambarajah di bawah.

kod pengesahan permohonan

6. Paparan akuan pengesahan.

akuan pengesahan permohonanPaparan akaun pengesahan seperti gambar di atas akan kelihatan sejurus selepas anda klik butang hantar.

Sila “tick” kan pada ruangan “saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas”. Jika anda bersetuju klik butang SETUJU & HANTAR.

Mesej “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.

Jika anda ingin membuat pindaan, sila klik butang TIDAK. Anda akan dibawa semula ke skrin permohonan BR1M 2018.

7. Cetak Permohonan.

Klik butang CETAK jika anda ingin mencetak permohonan. Sebelum mencetak, pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader.

Klik butang LAMAN UTAMA untuk kembali ke laman utama.

Alhamdulillah, selesai sudah panduan permohonan BR1M 2018. Kita teruskan ke topik seterusnya iaitu…

Kemaskini BRIM 2018

Kemaskini maklumat BR1M boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu secara online dan offline(manual).

Langkah-langkah kemaskini BRIM 2018 online sebagaimana berikut:-

  • Layari https://ebr1m.hasil.gov.my
  • Klik menu kemaskini permohonan.
  • Masukkan No Mykad anda dan klik kemaskini permohonan.
  • Ikuti arahan yang dipaparkan di skrin dan lengkapkan maklumat anda.

Kemaskini maklumat secara manual atau offline.

Jangan lupa untuk buat semakan status brim 2018 anda.

Bagi kemaskini maklumat secara manual, borang kemaskini BRIM 2018 hendaklah diisi secara bertulis. Borang tersebut boleh didapati di agensi-agensi berikut:-

  • Download borang kemaskini maklumat di https://ebr1m.hasil.gov.my.
  • Pejabat dan Pusat Khidmat LHDN
  • Pejabat Daerah
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan.
Sekiranya ada masalah/pertanyaan, hubungi LHDNM di talian bebas tol 1-800-88-2716 atau talian hot line Kementerian Kewangan 03-8882 4565/4566 ataupun emailkan terus ke br1m@treasury.gov.my.

Maklumat Penting Yang Perlu Kemaskini

Kemaskini BRIM 2018 mengikut maklumat terkini adalah penting bagi mengelakkan permohonan anda ditolak. Ada 6 perkara yang perlu diberi perhatian.

  • Status perkahwinan. Iaitu kahwin, cerai atau kematian pasangan(nyatakan tarikh penceraian dan kematian pasangan.
  • Alamat surat menyurat terkini dan email.
  • Nombor telefon bimbit dan rumah.
  • Maklumat akaun bank(Persendirian sahaja).
  • Maklumat pasangan dan tanggungan. Pastikan maklumat nombor kad pengenalan seperti MyKad, MyPR, MyKAS, MyKID, Passport dan Visa serta sijil lahir diisi dengan tepat dan jelas.
  • Maklumat waris. Ini bagi membolehkan waris membuat tuntutan Skim Khairat Kematian dan baki BR1M.

Sekian sahaja artikel panduan permohonan BR1M 2018.  Silakan lanjutkan bacaan anda tentang Soalan Lazim Bantuan Rakyat 1Malaysia dan juga artikel bila dapat duit brim 2018.

Source https://ebr1m.hasil.gov.my/
Comments
Loading...