Suka Duka Kehidupan

Nota Exam Dan Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2017

​Peperiksaan PTD 2017. Agak sukar saya membahas isu ini kerana sudah banyak blog menceritakan tentang exam PTD yang berlangsung pada 3 November 2017.

Sekarang ini calon sedang sibuk membuat persediaan dan mencari nota dan juga contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

​Artikel ini akan membantu anda untuk memahami dengan lebih mendalam tentang jawatan tersebut. 

More...

​1. Pengenalan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

​Berkerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan jawatan yang diminati oleh pelajar lepasan universiti. Jadi tidak hairanlah jika setiap kali ada pengambilan PTD, pasti ramai yang membuat permohonan.

Jawatan ini betul mempunyai karismanya yang tersendiri.

​So, adakah anda terpilih ataupun dijemput untuk menghadiri peperiksaan PTD pada 3 November ini?

Jika YA...Tahniah saya ucapkan. Ternyata anda bukan calang-calang orangnya.

Akan tetapi jika anda tidak menerima apa-apa jemputan atau SMS dari SPA, anda boleh membuat semakan melalui pautan link di bawah:

[+] http://e-semakanntt.spa.gov.my/

​Jawatan ini terletak di dalam kumpulan pengurusan dan professional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA).

​Gaji minimum ialah RM2,422.00 manakala gaji maksimum ialah RM9,631.00. Kenaikan gaji tahunan ialah RM225.00.

​Deskripsi Tugas PTD

​Skop tugas PTD amat luas. Antaranya ialah merancang, menggubal dan juga melaksanakan dasar-dasar kerajaan termasuk urusan pengurusan organisasi dan sumber manusia.

PTD juga terlibat dalam merancang, menggubal dan melaksanakan pengurusan sumber ekonomi, pentadbiran dan kewangan.

Selain itu mereka ini juga terbabit dengan pembangunan wilayah/negeri/daerah, pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa hal ehwal luar negeri.

​Syarat Lantikan

​Bukan mudah nak jadi PTD, ada beberapa kriteria yang anda tempuhi sebelum layak diperakukan sebagai Pegawai. Antara syarat kelayakan yang perlu dipatuhi ialah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun, pada tarikh tutup iklan jawatan yang dihebahkan oleh SPA.
  • Memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan dari intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah RM2,422.00), atau
  • Memiliki ijazah sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan dari intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah RM2,733.14), atau
  • Memiliki ijazah Doktor Falsafah(PHD) yang diiktiraf oleh kerajaan dari intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah RM3,044.48), dan
  • Lulus peperiksaan online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 yang telah ditetapkan oleh SPA.
  • Hadir dan lulus dengan cemerlang Diploma Pasca Siswazah kelolaan Institut Tadbiran Awam Negara(INTAN).
  • Calon juga hendaklah sekurang-kurangnya memiliki kepujian gred C dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Persekolahan Malaysia(SPM) / Sijil Vokasional Malaysia serta kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

​2. Format Peperiksaan PTD 2017

​Format terkini exam PTD 2017 adalah lebih mudah berbanding format pada tahun sebelumnya. Format peperiksaan 3 Nov ini hanya dibahagikan kepada dua seksyen, iaitu seksyen A dan juga seksyen B.

Soalan seksyen A lebih menjurus kepada pengetahuan am Malaysia dan keadaan sekeliling. Soalan yang diperuntukkan ialah 50 minit dan perlu dijawab dalam masa 40 minit.

Nak jawab soalan seksyen A perlu banyak membaca, terutamanya kena baca buku Pengajian Am tingkatan enam.

​Manakala soalan seksyen B pula lebih kepada daya penyelesaian masalah. Ramai calon mengadu tak cukup masa untuk menjawab soalan seksyen B ini.

Sebanyak 40 soalan disediakan dan perlu dijawab dalam masa 45 minit.

Walaubagaimanapun soalan seksyen B ini hanya menggunakan silibus pembelajaran diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Dikategorikan kepada 3 bahagian:

  • Kemahiran logik
  • Matematik
  • Menginterptasikan data

​3. Contoh Soalan Exam Seksyen A PTD

​Jika anda ingin melihat contoh soalan exam PTD 2017 - seksyen A, klik butang download di bawah. Pastikan PC anda mempunyai perisian Adobe Reader.

​4. Contoh Soalan Seksyen B Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

​Kemahiran logik:

contoh soalan kemahiran logik

​Contoh Soalan Interpratasikan Data

interpratasi data

​Konsep matematik

Jika anda lihat contoh soalan matematik, sila download melalui butang di bawah.

​5. Bagaimana Nak Dapatkan Rujukan Khas Exam PTD 2017

Memang ramai yang tanya tentang ini. Antara pertanyaan yang saya terima ialah adakah ianya FREE ataupun berbayar.

Jawapannya ringkas...berbayar.

Tetapi anda boleh lihat dahulu PREVIEW COPY. Preview copy akan diedarkan secara PERCUMA kepada calon PTD yang berminat pada 28 Okt 2017.

Jika anda inginkan rujukan penuh, anda boleh dapatkan rujukan khas dan Contoh Soalan Exam PTD 2017 melalui butang "DAPATKAN SEKARANG" di bawah.

contoh soalan peperiksaan ptd

Butang di atas hanya aktif pada jam 10:00 pagi 30 Oktober 2017.

​DISCLAIMER: Segala contoh soalan yang dipamirkan di artikel ini hanyalah sekadar CONTOH sahaja. Ianya BUKAN SOALAN SEBENAR. Saya tidak mempunyai kaitan dengan SPA. Artikel ini diterbitkan hanya sebagai tujuan pembelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PTD 2017.

http://e-semakanntt.spa.gov.my/
You might also like
  1. hasrul says

    Semoga berjaya kepada calon2 exam ptd kali ni … ramai yang mohon tetapi sedikit sahaja bakal diambil

Leave A Reply

Your email address will not be published.