Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2018

Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 merupakan salah satu peperiksaan memasuki perkhidmatan awam yang dijalankan oleh SPA bagi calon yang mempunyai kelayakan akademik peringkat diploma.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, peperiksaan SPA dijalankan secara online. Jadi begitu juga dengan exam PPT N29 yang berlangsung pada 15 Ogos 2018 diadakan secara online.

Sebelum Rossaimi terangkan dengan lebih detail tentang peperiksaan N29 ini, marilah kita baca sepintas lalu tentang jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29.

​Jawatan Penolong Pegawai Tadbir terletak dalam kumpulan pelaksana(sokongan 1) dalam skim perkhidmatan awam.

​Calon hendaklah terlebih dahulu lulus dalam peperiksaan online SPA dan temuduga yang dijalankan oleh SPA.

​Calon yang lulus dalam kedua-dua ujian tersebut akan ditawarkan berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 samada di bawah kementerian, jabatan-jabatan atau agensi yang memerlukan khidmat dan mempunyai kekosongan.

peperiksaan penolong pegawai tadbir

​Tugas Seorang Penolong Pegawai Tadbir

​Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi dan protokol, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

​Merupakan jawatan tertinggi dalam skim perkhidmatan awam kumpulan pelaksana sokongan satu.

​Memang berbeza tugas Penolong Pegawai Tadbir dengan jawatan lain. Banyak melibatkan pengurusan jabatan dan majlis rasmi. Jadi bukan senang nak dapat jawatan tersebut. Banyak yang perlu dinilai.

​Salah satu ujian penilaian ialah mesti lulus peperiksaan N29. Daripada pengalaman yang lepas, ramai yang kecundang dalam peringkat pertama ini. Peringkat kedua adalah temuduga.

​Jadual Gaji…

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

​KENAIKAN GAJI TAHUNAN

​RM1493.00

​RM5,672.00

​RM145

​Itu antara maklumat ringkas seperti deskripsi tugas dan jadual gaji PPT N29. Jika anda ingin baca tentang syarat lantikan ataupun maklumat yang lebih tepat, sila rujuk ke laman SPA.

​Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 Sesi 2018

​Berdasarkan maklumat terbaru yang saya dapat daripada laman SPA, Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Ambilan SPA 2018 dibahagikan kepada dua seksyen iaitu :

  • Seksyen A – Pengetahuan am Malaysia dan Sekeliling
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

​Format peperiksaan SPA berkemungkinan tidak sama dengan format peperiksaan pengambilan baru peringkat negeri. Jadi kira beruntunglah jika anda dipanggil untuk peperiksaan SPA, hanya perlu fokus pada dua seksyen sahaja.

​Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku perubahan saya akan maklumkan dari semasa ke semasa.

​Jika anda ingin maklumat terkini tentang peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29, sila masukkan nama dan email anda diruangan pendaftaran di bawah dan klik “HANTAR”. Saya akan hantar maklumat dan nota terkini terus ke email.

​Berbalik kepada format tadi, nampak macam senangkan. Ye lah hanya 2 seksyen sahaja iaitu pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah. Tetapi percayalah ramai yang GAGAL. Tak cukup masa dan tak tahu nak prepare. Tak tahu apa benda yang hendak dibaca.

​Ingat yer peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan awam berbeza dengan peperiksaan diperingkat pengajian. Soalan peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan awam terlalu luas skopnya. Tiada buku khas untuk itu.

​Jadi artikel seterusnya tentang contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 di bawah ini nanti mampu memberikan sedikit gambaran kepada calon sekiranya dipanggil menduduki peperiksaan.

Tetapi ianya hanyalah contoh soalan sahaja. Bukan SOALAN RAMALAN. Jangan hafal sekiranya anda dipanggil exam PPT N29.

​Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29

​Contoh soalan N29 yang saya sediakan di bawah ini tiada kena mengena dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Ianya tidak boleh dijadikan fakta. Apa yang diterbitkan di sini hanyalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata.

​Saya bahagikan contoh soalan kepada dua seksyen iaitu pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah.

​Contoh Soalan Seksyen A Pengetahuan AM Malaysia

contoh soalan seksyen a

​Contoh Soalan Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

​Ada tiga kaedah penyelesaian yang perlu dilakukan oleh calon. Antaranya ialah:

  • Kemahiran logik
  • Matematik
  • Menginterpretasikan data

1. Kemahiran Logik

​2. Matematik

​Kaedah matematik yang perlu diselesaikan oleh calon berdasarkan sukatan pembelajaran diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia sahaja. Ianya tidak lebih dari itu.

3. Menginterpretasikan Data

​Jadi itulah serba sedikit perkongsian saya tentang peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Semoga dengan nota dan contoh soalan yang dipaparkan di blog mampu membuka sedikit minda anda untuk membuat persediaan.

Discussion

Leave a Reply