Laporan Audit 1MDB Bukan Lagi Dokumen Rahsia, Semua Orang Boleh Baca

Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad berkata laporan audit mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini tidak lagi diklasifikasikan sebagai Dokumen Rahsia. Pengkelasan “RAHSIA” laporan audit 1MDB itu merujuk laporan yang dibuat pada 22 Januari 2016 oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam(PAC) pada bulan Mac 2018.


Kenyataan kepada media pada lewat petang 15 Mei 2018 dibuat oleh Tan Sri Madinah Mohamad yang mengklasifikasikan laporan pengauditan 1MDB sebagai DOKUMEN TERBUKA sebagaimana berikut.

“Saya memaklumkan bahawa laporan Pengauditan 1MDB tersebut diklasifikasikan semula sebagai DOKUMEN TERBUKA,” – Tan Sri Madinah Mohamad

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

[better-wp-embedder width=”100%” height=”700px” download=”all” download-text=”Download Ringkasan Eksekutif Laporan Audit 1MDB” url=”https://www.rossaimi.com/wp-content/uploads/2018/05/RINGKASAN-EXEC_15052018.pdf”][/better-wp-embedder]

Pembaca boleh terus baca atau download terus melalui fail di atas ataupun terus ke laman web Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my.

Sedikit ringkasan dari apa yang Rossaimi baca ialah seperti di bawah.

Sampai Mei 2039, kena bayar RM 42.26 bilion. RM 1.52 bilion setiap tahun kena bayar sampai Mei 2024. Tahun 2016 kena bayar RM4.88 bilion, tahun 2023 kena bayar RM14.74 bilion & tahun 2039 kena bayar RM5.14 bilion

Ringkasan laporan eksekutif mempunyai 20 muka surat dan dibahagikan kepada tujuh topik yang utama iaitu:-

  1. Pengenalan
  2. Pelaburan Kumpulan 1MDB
  3. Pelaburan Dalam Kumpulan SRC
  4. Pelaburan Dalam Hartanah Kumpulan 1MDB
  5. Pelaburan Dalam Sektor Tenaga Kumpulan 1MDB
  6. Kedudukan Kewangan
  7. Tadbir Urus Korporat Dan Kawalan Dalaman

Discussion

  1. Sunah Sakura
    • Admin
  2. olaoli

Leave a Reply