Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara – Nota Terkini Dan Contoh Soalan

Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara(ATC) berlangsung pada 3 Oktober 2017. Lebih kurang 10 hari dari tarikh artikel ini ditulis. Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada calon yang berjaya ditawarkan menduduki exam tersebut.

Hebahan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak SPA menerusi laman facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Antara hebahan yang dipetik dari laman FB SPA seperti di bawah,

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A41
—————————————————————————-
Tarikh Peperiksaan : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
Seksyen A : 08:00 PM – 08:40 PM
Seksyen B : 08:55 PM – 09:40 PM

Sila layari laman web :
http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu/

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A29
————————————————————————————–
Tarikh Peperiksaan : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
Seksyen A : 08:00 PM – 08:40 PM
Seksyen B : 08:55 PM – 09:40 PM

Sila layari laman web :
http://e-semakanbcc.spa.gov.my/ppktu/

PERHATIAN :
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29. Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41.

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:40 malam.

“Calon juga boleh menyemak maklumat peperiksaan melalui aplikasi mobile (MySPAv2). Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA di https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/ semasa peperiksaan dijalankan. Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

Berdasarkan kepada iklan pendaftaran permohonan yang dikeluarkan oleh SPA yang berakhir 30 Julai 2017, Sebanyak 80 kekosongan jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara dan Penolong Pegawai perlukan pengisian. 40 kekosongan untuk jawatan Pegawai ATC A41 dan 40 kekosongan lagi untuk jawatan Penolong Pegawai ATC A29.

iklan pengambilan pegawai atc

Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara pada 3 Oktober ini adalah berdasarkan pendaftaran permohonan yang dibuat sebelum 30 julai 2017. Jika anda berjaya, sekurang-kurangnya anda telah mempunyai peluang untuk membina kerjaya di sektor awam.

Semakan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara(ATC)

Oh ya, Jika anda tidak menerima sebarang email ataupun SMS jemputan menghadiri exam tersebut, semakan panggilan exam Pegawai Kawalan Aliran Trafik secara online.

Sila semak nama anda melalui pautan berikut:-

[+] Klik pautan ini untuk gred A41 -> http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu/

[+] Klik pautan ini untuk gred A29 -> http://e-semakanbcc.spa.gov.my/ppktu/

Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan butang “DAFTAR”.

Tahniah Rossaimi ucapkan, sekiranya anda dipanggil. Jangan lupa membuat persediaan awal untuk peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara pada 3 Oktober nanti.

Format Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara 2017

Peperiksaan Pegawai ATC ini dikawal selia oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan juga Jabatan Penerbangan Awam Malasyia (DCA).

Exam ini merupakan tapisan pertama perlu calon lepasi, sebelum menjalani tapisan-tapisan yang lain.

Syaratnya hanya satu, mesti LULUS!!!.

Bila sebut pasal exam, perkara pertama yang kita fikirkan ialah “nak study apa erk?”. Betul tak?

Kalau peperiksaan di sekolah, bolehlah kita cari buku akademik untuk membuat persediaan.

Tetapi ini peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara, Macammana nak dapatkan bahan bacaan.

Memang betul, susah nak dapatkan bahan bacaan yang ringkas tetapi tepat dalam masa yang singkat. Apatah lagi kalau anda sudah bekerjaya sekarang ini.

Mana ada masa nak belajar semua tu.

Rileks, baca artikel ini sampai habis…

Pertama kita tengok apakah skop dan format exam Pegawai Kawalan Trafik udara. Dah tahu skop dan format baru mudah nak study.

Format exam Pegawai ATC dibahagikan kepada dua seksyen soalan, iaitu seksyen A dan seksyen B.

Soalan peperiksaan di seksyen A adalah meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan am Malaysia dan dunia persekitaran.

Manakala soalan di seksyen B pula lebih menumpukan kepada daya menyelesaikan masalah berdasarkan beberapa konsep iaitu kemahiran logik, kemahiran matematik dan menginterpratasikan data.

Seksyen A

  • Soalan berbentuk Pengetahuan AM/li>
  • Waktu Peperiksaan : 8.00PM – 8.40PM
  • 50 soalan peperiksaan
  • Masa menjawab: 40 minit

Seksyen B

  • Soalan daya menyelesaikan masalah
  • Waktu peperiksaan: 8.55PM – 9.45PM
  • 40 soalan peperiksaan
  • Masa menjawab: 45 minit

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Contoh soalan exam yang dipaparkan di bawah hanyalah sekadar contoh sahaja, ianya BUKAN SOALAN RAMALAN ataupun SOALAN BOCOR.

Rujuk disclaimer di akhir artikel ini.

Contoh Soalan Seksyen A exam Pegawai ATC A41

contoh soalan seksyen a

Soalan peperiksaan seksyen B

Tiga pendekatan yang perlu digunakan oleh calon untuk menyelesaikan permasalahan di seksyen B ini, Pendekatan tersebut ialah:

1. Kemahiran logik

Calon perlu menggunakan kemahiran ini untuk mengenalpasti jawapan yang betul ataupun salah.
contoh soalan logik

2. Kemahiran menginterpratasikan data

Menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dibuat analisa.
interpratasi data
interpratasi data

3. Kaedah Matematik

Calon diuji dengan pengiraan matematik, kemahiran numerik serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
soalan matematik

DISCLAIMER:​
Rossaimi.com tidak mempunyai kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Segala tips dan panduan yang disediakan di blog ini adalah sebagai bantuan persediaan awal calon untuk menduduki peperiksaan. Contoh soalan yang disediakan bukanlah SOALAN BOCOR dan bukan SOALAN SEBENAR. Ianya hanyalah contoh soalan sebagai memudahkan persediaan calon dengan nota-nota yang disediakan.

  • admin
  • Updated October 15, 2017
Click Here to Leave a Comment Below 0 comments