Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Demam Ataupun Alasan Lain

Contoh surat tidak hadir ke sekolah. Contoh surat rasmi. Format surat rasmi. Antara beberapa carian yang dilakukan oleh ibu bapa untuk memohon cuti daripada pihak sekolah.

Permohonan ini dibuat berkemungkinan pelajar demam tetapi tidak memperolehi cuti sakit daripada pihak doktor ataupun ada alasan lain yang menyebabkan ketidakhadiran anak-anak mereka.

Pemakluman ketidakhadiran pelajar ke sekolah secara rasmi amatlah penting bagi menjaminkan rekod kehadiran baik buat anak-anak di masa akan datang.

Berikut di bawah ini dikongsikan beberapa contoh surat tidak hadir ke sekolah sebagai rujukan ibu bapa.Rossaimi berharap ibu bapa mampu membuat sedikit pengubahsuaian untuk disesuaikan dengan situasi semasa.

Jangan tiru bulat-bulat.

1. Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Demam

Contoh format surat rasmi:

Muhammad Azwan Haikal Bin Ahmad
No 117, Jalan Kenangan 1, Taman Kenanga,
82000 Pontian,
Johor

————————————————————————————————————

Guru Kelas 6 Tekun
Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi,
82000 Pontian,
Johor

Tuan/Puan,

Per: Tidak Hadir Ke Sekolah

Berhubung perkara di atas, saya Ahmad Bin Deris bapa kepada Muhammad Azwan Haikal Bin Ahmad ingin menyatakan sebab anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 11 Mac 2018.

2. Anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada tarikh tersebut kerana mengalami demam sekembalinya dari sekolah pada petang 10 Mac 2018.

3. Rentetan daripada peristiwa tersebut, saya telah membawa anak saya ke klinik yang berhampiran pada malam 10 Mac 2018 untuk rawatan susulan. Doktor telah mengesahkan anak saya mengalami demam dan diberikan cuti sakit selama dua hari. Bersama-sama ini disertakan sijil cuti sakit untuk rujukan pihak tuan.

Semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.

Sekian. Terima Kasih.

Yang Benar,

——————
(Ahmad Bin Deris)

Di atas merupakan contoh surat tidak hadir ke sekolah kerana demam. Jika anda mempunyai alasan-alasan yang lain, sila rujuk contoh di bawah ini.

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Alasan Lain Yang Munasabah

Azman Bin Ahmad
Blok A-86, Jalan Semarak 2/1, Taman Semarak,
82000 Pontian,
Johor

————————————————————————————————————

Kepada,
Guru Kelas Tingkatan 5 Best
Sekolah Menengah Tan Sri Osman Saat,
Jalan Johor 82000 Pontian,
Johor

Tuan/Puan,

Per: Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Saya Ahmad Bin Hamzah bapa kepada Azman Bin Ahmad ingin memaklumkan sebab ketidakhadiran anak saya ke sekolah pada 12 Mac 2018.

2. Anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada tarikh tersebut kerana mengikuti saya menghadiri majlis perkahwinan di Negeri Pahang pada 12 Mac 2018.

3. Beliau terpaksa mengikuti saya kerana tiada sesiapa yang menjaganya di rumaha semasa ketidaan kami sekeluarga. Atas sebab-sebab keselamatan saya terpaksa membawa beliau sekali.

4. Sehubungan dengan itu saya memohon supaya anak saya tidak diklasifikasikan sebagai ponteng sekolah.

Semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.

Sekian. Terima Kasih.

Yang Benar,

——————
(Ahmad Bin Hamzah)

Itulah antara dua contoh surat tidak hadir ke sekolah yang boleh digunapakai untuk ibu bapa yang kekeringan idea untuk memaklumkan ketidakhadiran anak-anak ke sekolah secara rasmi. Harap dapat buat sedikit pengubahsuaian.

Baca juga : SAPS Ibu Bapa 2018

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *