Let’s travel together.

Cara Semak Duit BR1M Dah Masuk Atau Belum

1

Secara umumnya, ramai yang sudah tahu duit BR1M fasa pertama telah dikreditkan ke akaun penerima bermula pada 26 Februari 2018. Sekarang ini ramai yang berpusu-pusu ke bank hanya untuk semak samada duit dah masuk ke belum.

Saya nasihatkan anda semak dahulu guna cara ini. Mudah dan menjimatkan masa. Tak perlu berebut-rebut. Anda pun tidak akan merasa kecewa jika belum dikreditkan lagi. Sebab tidak beratur panjang di mesin ATM.

Di bawah ini dikongsikan beberapa cara untuk mengetahui duit BR1M dah masuk atau belum.

Cara Untuk Tahu Duit BR1M Dah Masuk Ke Belum

1. Anda download aplikasi semakan BR1M di Playstore atau Apps Store. Selepas download, ikuti langkah mudah ini sebagaimana di bawah.

cara semak duit br1m dah masuk ke belum
Aplikasi BR1M di Play Store dan Apps Store

2. Klik pada “Semakan Status“.

3. Jawab soalan keselamatan yang diminta. Ianya tentang maklumat peribadi anda.

4. Keputusan semakan akan dipaparkan sebagaimana di bawah.

P/S: Kalau tak ada, bermakna anda kena bersabar. Duit BR1M akan masuk tidak berapa lama lagi.

Semak menggunakan aplikasi Bantuan Rakyat 1Malaysia di atas merupakan cara pertama dan paling praktikal. Walaubagaimanapun masih ada lagi cara alternatif yang praktikal.

Anda semak duit masuk ke belum menggunakan sistem perbankan online anda. Contoh perbankan online ialah seperti maybank2u, CIMB Click, iRakyat dan sebagainya. Bergantung kepada bank yang anda daftar semasa membuat permohonan.

Jadi, anda tidak perlu beratur panjang di mesin ATM.

Itulah antara cara terbaik untuk semak duit BR1M dah masuk atau belum. Selamat mencuba.

1 Comment
  1. Muhd idlan says

    Muhd idlan

Leave A Reply

Your email address will not be published.