1

Cara Membuat Artikel Pertama Di WordPress : Tip Dan Taktik Yang Pasti Dibaca Oleh Ramai Orang

Menulis dan menerbitkan artikel di wordpress sememangnya amat mudah. Anda pasti menginginkan artikel anda dibaca oleh ramai orang. Artikel ini akan mengupas secara terperinci cara membuat artikel di wordpress.

Ada beberapa langkah asas dan tip yang berguna khasnya untuk membuat artikel pertama(first post) di wordpress.

cara membuat artikel di wordpress

Langkah Pertama : Login Ke WordPress

Anda akan memperolehi maklumat login akaun setelah menginstall wordpress pada domain anda. Untuk pergi ke halaman login wordpress, anda hanya perlu taip “domainanda.com/wp-admin” di browser.

Langkah Kedua : Buka “Add New Post”

Dari WordPress Dashboard anda, pergi ke Posts > Add New yang berada di kolum sebelah kiri anda di bahagian atas. Selain itu anda juga boleh gerakkan mouse ke “+ New” yang berada di bahagian atas wordpress dashboard dan pilih “Post” daripada turutan menu tersebut.

Gambar di bawah merupakan ringkasan untuk menerbitkan artikel baru langkah demi langkah.
membuat artikel pertama wordpress

Langkah Ketiga : Gunakan “Formatting Options”

Pastikan anda memilih “Visual Tab” untuk memudahkan penulisan. Jika anda ingin menggunakan format HTML, anda boleh tukarkan nya ke “Text”.

Di Visual tab terdapat banyak “formatting option” yang disediakan pada bahagian atas ruangan post. Antara formatting yang disediakan seperti bold, underline, italic, centering, heading dan sebagainya.

Dimana kedudukan “formatting option”. Anda klik icon no. 2 sebagaimana gambarajah di bawah.

langkah kedua

Bila anda klik sahaja toolbar toggle, anda akan nampak “formatting Option” seperti paragraph, underline, tukar warna font dan sebagainya.

langkah ketiga

Itu antara formatting tool yang disediakan. Antara formatting yang paling saya gunakan ialah dropdown menu untuk heading. Apabila saya menulis artikel, saya akan menggunakan tool tersebut untuk membuat highlight dan memilih heading yang sesuai untuk diletak pada artikel.

Langkah Keempat : Menulis Artikel

Tuliskan tajuk artikel diruangan kosong di bawah “Add New Post”. Tabiat saya jika sedang membuat artikel di wordpress, saya akan jadikan ruangan menulis sebagai ruangan utama sebagaimana anda lihat di bawah. Semua feature yang tidak berkenaan akan saya keluarkan buat sementara.

langkah keempat

Bagaimana caranya?

Klik sahaja icon dipenjuru tepi seperti gambarajah di atas.

Jika anda ingin kembali kepada keadaan asal, hanya klik semula icon tersebut.

Langkah Kelima : Edit Permalink

Sebelum kita “publishkan” artikel yang telah dibuat, sebaiknya anda semak dahulu permalink. Anda boleh edit mengikut kesukaan anda. Gunakan keyword bersesuaian supaya memudahkan pembaca mencari artikel anda di google.

Di artikel akan datang, saya akan kongsikan bagaimana yang dikatakan permalink yang baik dan memberi kesan kepada SEO blog anda.

Langkah Keenam : Masukkan Media Atau Link Dalam Artikel

Untuk memasukkan media di dalam posting anda – Senang sahaja, letakkan kursor mouse anda di tempat anda ingin media atau gambar berada. Selepas itu klik “Add Media” button yang terletak di bahagian atas kotak posting.  Tetapi pastikan gambar yang hendak dimasukkan telah disediakan sebaiknya, pastikan juga supaya gambar itu tidak melanggar hak copyright.

Untuk memasukkan link/url di dalam artikel – Highlightkan text yang hendak dimasukkan link dan klik link icon(icon tersebut nampak macam rantai/chain) di bahagian formatting tools. Klik icon tersebut dan popup akan kelihatan, seterusnya pastekan link yang ingin anda masukkan.

Langkah Ketujuh : Memilih Kategori Dan Tags

Feature tersebut berada disebelah kiri screen monitor ataupun laptop anda. Anda akan nampak option untuk memilih kategori dan juga tags. Untuk memasukkan kategori yang baru, anda klik “add new category” di bawah kategori box. JIka anda ingin memasukkan tags, hanya tulis sahaja diruangan tags dan klik “add”.

Langkah Kelapan : Save, Draft, Schedule Dan Publish Artikel

Guna ruangan publish yang berada pada ruangan new post untuk save kan sebagai draft ataupun publish artikel anda. Jika anda belum bersedia untuk publish, save kan artikel tersebut sebagai draft. Ianya tidak akan dipaparkan kepada pembaca secara live. Jika anda menekan butang “PUBLISH”, artikel anda akan live sepenuhnya.

Sebenarnya anda boleh buat macam-macam diruangan publish ini. Ada beberapa option disediakan. Anda boleh jadikan artikel anda untuk paparan umum, private ataupun mempunyai password.

Jika anda bersedia untuk paparkan artikel kepada pembaca, just tekan “PUBLISH” button.

Tahniah, anda telah berjaya membuat artikel pertama di wordpress.

Akhir kata, Semoga artikel cara membuat artikel di wordpress memberi manfaat kepada pembaca.

  • admin
  • Updated October 15, 2017
Click Here to Leave a Comment Below 1 comments