Cara Buat Blog Sendiri

Tertanya-tanya cara buat blog sendiri? Alhamdulillah saya gembira kerana anda sudi membaca artikel ini. Saya akan cuba menerangkan langkah yang perlu untuk membuat blog, tanpa memerlukan kepakaran teknikal.

Tetapi sebelum itu, ini pendedahan jujur saya..

Ada beberapa link/pautan di bawah ini merupakan pautan refferal saya. Bermakna saya akan mendapat sedikit komisen jika anda membuat pembelian dari pautan tersebut, tetapi anda tidak akan dikenakan kos tambahan. Terima kasih jika anda membeli dari link saya.

OK, berbalik kepada tajuk asal kita…Bagaimana cara membuat blog sendiri?

Apakah Kelayakan Saya Untuk Mengajar Anda Semua Ini?

Saya mula membuat blog yang pertama sekitar tahun 2009 dengan mempunyai pengetahuan pengaturcaraan yang amat sedikit. Jadi jika anda tidak ada langsung pengetahuan terhadap “programming”, anda masih mampu mencipta sebuah blog.

Saya akan tunjukkan satu persatu dengan cara yang paling senang tetapi amat praktikal.

Kenapa Ingin Membuat Blog?

Setiap orang mempunyai alasan masing-masing. Saya senaraikan antara alasan buat blog yang selalu diperkatakan ramai orang.

  1. Ingin menjana pendapatan online dengan blog
  2. Menjadi penulis/pengarang.
  3. Ingin meningkatkan bisnes sedia ada
  4. Sekadar hobi

Tidak kiralah anda mahu jadikan blog sebagai apa, cara buat blog tetap sama sebagaimana di bawah.

Jom teruskan pembacaan anda..

Cara Buat Blog

Saya senaraikan 6 langkah asas untuk membuat blog, iaitu:-

  1. Pilih topik blog yang ingin anda buat. Sepatutnya anda telah mempunyai idea.
  2. Pilih blogging platform yang bersesuaian. Saya cadangkan wordpress adalah yang terbaik
  3. Cari hosting
  4. Pilih nama domain dan pakej hosting.
  5. Install wordpress
  6. Jadikan blog anda selamat dilayari dengan menggunakan HTTPS

1. Pilih topik blog yang ingin anda buat

Jika untuk kegunaan sendiri, pilik topik yang menjadi pilihan anda.

Jika anda seorang ahli perniagaan ataupun mempunyai organisasi, blog anda seharusnya mempunyai kaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Kenapa perlu ambik topik yang memberikan anda kepuasan?

Jika main semberono dan tidak peduli dengan topik apa pun, anda akan mengalami kesukaran untuk menulis.

Anda sendiri tidak berminat dengan penulisan anda. Dipendekkan cerita, anda tertekan ketika menulis.

Bila penulis sendiri tidak meminati tulisan mereka sendiri, apakah pembaca akan meminati penulisan anda?

Sudah tentu tidak bukan?

Jadi pilihlah topik yang anda minat.

Pilih sesuatu yang membuatkan anda menulis untuk jangka masa panjang.

Anda pasti faham bukan, sebuah blog mesti mempunyai banyak konten di dalamnya untuk memastikan ia terus hidup dan mampu menyampaikan maklumat berkualiti kepada pembaca.

2. Pilih platform blogging

Jika anda hendak memasak mesti ada dapur, jika anda nak berblogging perlu platform blogging.

Saya menggunakan wordpress. wordpress merupakan platform blogging paling popular- berdasarkan artikel content management survey di https://w3techs.com/.

blog cms popular

Kenapa popular?

Senang digunakan dan mempunyai kumpulan komuniti yang besar untuk berkongsikan idea dan juga peralatan.

Terdapat dua jenis blog wordpress, iaitu:-

  1. WordPress.com(percuma). Tidak digalakkan sebab fungsinya sangat terhad.
  2. WordPress self-hosted(berbayar). Highly recommended. Keseluruhan artikel ini nanti akan berkisarkan tentang self-hosted. Banyak perkara anda boleh buat dan juga mengawal. Ia disebut sebagai wordpress.org

3. Cari hosting

Setiap blog mesti mempunyai hosting untuk membolehkannya berada di internet. Banyak pilihan pada masa sekarang tetapi tiada satu pun yang sempurna.

Pada pendapat saya, hosting luar yang paling bagus ialah Bluehost dan Siteground.

Manakala hosting Malaysia yang terbaik ialah Serverfreak.

Saya telah menggunakan khidmat penyedia tersebut selama bertahun-tahun.

Klik sini untuk mula buat blog wordpress self-hosted sekarang…

Kemudian klik butang “WordPress Hosting” untuk meneruskan process penyewaan hosting. Contoh lihat gambar di bawah.
cara beli hosting blog

Pilih plan

Anda akan melihat pakej plan wordpress hosting yang ditawarkan. Serverfreak ada menyediakan tiga pakej plan iaitu WP Startup, WP Professional dan WP Ultimate.

Kalau saya, akan memilih plan WP Professional atau WP Ultimate kerana mempunyai banyak features termasuk SSL percuma.

Akan tetapi jika budget anda tidak mencukupi anda langgan sahaja plan WP Startup, boleh upgrade pada bila-bila masa.

pakej plan hosting severfreak

Klik “Order”.

4. Pilih nama domain

Domain merupakan alamat website. Contoh Rossaimi.com adalah domain saya.

Daftar domain baru, pindah domain dari registrar domain lain dan hanya mengemaskini nameserver pada domain sedia ada.

daftar domain baru

Berdasarkan screen di atas, ada tiga pilihan tentang domain.

Tetapi jika anda baru bermula tentang cara buat blog sendiri dan masih tidak mempunyai domain, anda boleh dapat domain baru secara percuma.

Itu keistimewaan jika melanggan pakej wordpress hosting Serverfreak.

Tips Memilih Nama Domain. Langkah Paling Penting dalam membuat blog.

  • Buat supaya mudah dingati dan senang untuk di “share”.
  • Sebaiknya menggunakan .com. Pengguna sudah familiar dengan ext .com sebelum ext .net,.org,.co dsb.
  • Buat senang untuk disebut dan dieja.
  • Jangan masukkan hyphens, nombor atau perkataan yang confuse.
  • Baca lagi tip di sini.(akan dikemaskini).

Akan tetapi jika anda sudah mempunyai domain, masukkan sahaja diruangan kedua atau ketiga. itu hanya untuk pengesahan akaun sekarang.

Tekan butang “check”. Sekiranya berjaya paparan akan kelihatan sebagaimana di bawah.

domain sesuai

Tekan “Continue”.

Jumlah pesanan anda beserta kadar bayaran akan dipaparkan. Paparan di bawah untuk domain percuma. Jika anda sudah mempunyai domain, prosesnya masih lagi sama. Anda masih boleh ikut lagi langkah-langkah ini.

bayar domain

Selepas itu anda akan di bawa ke ruangan “Domain Configuration”. Ada tiga add-ons yang ditawarkan iaitu DNS Management, ID Protection dan Email forwading.

domain configuration

Add-ons saya abaikan. Saya hanya sentuh tentang ID Protection. Protection ini akan melindungan informasi personal dipaparkan kepada umum.

Akan tetapi anda boleh skip protection ini jika menggunakan alamat tempat bisnes supaya semua orang boleh mengetahui siapa pemilik domain.

Review dan Checkout
Proses ini adalah untuk membuat semakan pesanan anda. Sekiranya betul dan tiada penambahan, klik “Checkout”.
review dan checkout

Masukkan personal information anda dan juga soalan keselamatan. Masukkan email anda yang sah untuk menerima maklumat terbaru dan juga notifikasi renewal hosting anda nanti.

Di bawah “Domain Registrant information Section”, pilih “Use Default Contact (Details Above)”.

Ada tiga cara pembayaran iaitu Bank Transfer/Cheque, Paypal dan Kredit Kad.

Di bawah ini contoh jika memilih “Bank Transfer/Cheque”. jangan lupa untuk tanda pada kotak “Terms of Service”.

Klik “Complete Order” untuk mengesahkan pembelian anda.

Invoice belum bayar akan di”generate”kan oleh sistem secara automatik. Bayaran perlu dibuat sebagaimana contoh di bawah.

Sekiranya pembayaran telah, sila sahkan pembayaran dengan memghantar bukti pembayaran menerusi https://secure.web-hosting.net.my/support/index.php?/Tickets/Submit

Setelah pembayaran disahkan oleh serverfreak, maklumat login akaun secara detail akan dihantar ke email anda. Contoh tajuk email login information seperti di bawah.

login information hosting

Ok..tamat tentang cari hosting.

5. Install WordPress

Sebelum saya menulis lebih lanjut tentang cara buat blog sendiri di WordPress Shared Hosting, ingin saya kongsikan terlebih dahulu serba sedikit istilah-istilah tentang wordpress dan cpanel.

WordPress merupakan sebuah aplikasi sumber terbuka(open source) Content Management System(CMS) yang paling popular digunakan untuk membuat blog. WordPress dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan menggunakan database MYSQL.

Manakala cpanel pula ialah sebuah Control Panel yang paling banyak digunakan oleh web hosting pada masa sekarang. Dengan adanya cpanel, banyak kemudahan yang boleh kita gunakan di hosting seperti melihat statistik blog, mengawal dan membuat email, mencipta mailing list, autoresponder dan sebagainya.

Saya harap anda sudah faham dengan istilah-istilah di atas secara ringkas.

Sekarang kita beralih cara install wordpress di cpanel pada hosting server freak. Jika anda tidak menggunakan wordpress hosting server freak, tutorial ini masih boleh digunakan kerana cara membuat blog di wordpress hosting hampir sama sahaja.

Selain di cpanel, anda masih juga boleh install wordpress di VPS, webuzo dan sebagainya.

Cara install wordpress di Cpanel

Langkah 1#: Taip url cpanel anda di browser. Kebiasaannya url cpanel ialah http://www.domainanda.com/cpanel ataupun http://cpanel.domainanda.com. Gantikan “domainanda” dengan nama domain.

Langkah 2#: Masukkan username dan password yang dihantar ke email anda. Paparan login cpanel sebagaimana di bawah.
login cpanel hosting

Langkah 3#: Scroll mouse ke bawah sehingga jumpa “Softaculous Apps Installer” dan klik.
install wordpress di cpanel server freak

Langkah 4#: Selepas itu gerakkan mouse sehingga pada icon wordpress dan klik “install”.
install wordpress

Langkah 5#: Selepas klik “wordpress” anda akan di bawa ke halaman install wordpress. Sebelum anda klik “install” warna biru di bahagian atas, pastikan anda memasukkan maklumat seperti di bawah terlebih dahulu.
cara install wordpress

  1. Choose protocol: samada http atau https
  2. Choose domain: Pilih domain
  3. In Directory : Biarkan sebagai default. Tidak perlu isi.
  4. Site Name : Masukkan nama domain
  5. Site Description : Masukkan description blog secara ringkas
  6. Masukkan username admin dan password admin serta alamat email
  7. Choose Language: Pilih samada bahasa melayu atau englis
  8. Select Theme: Banyak pilihan. Anda boleh pilih kemudian nanti
  9. Klik “Install” di bawah.

Paparan di bawah akan dipaparkan sekiranya berjaya.

Untuk login ke akaun wordpress anda,

pergi ke url www.namadomainanda.com/wp-admin

Masukkan username admin yang anda isikan tadi.

Masukkan password admin anda.

Setelah anda berjaya login, itu bermakna anda telah mengetahui cara buat blog sendiri di wordpress hosting Server Freak.

6. Buat blog anda supaya selamat dengan HTTPS

Saya cadangkan anda melanggan pakej WP Professional atau WP Ultimate, kerana menyediakan SSL percuma dari Lets Encrypt. Pilihan ini hanya akan berjaya setelah siap proses pendaftaran domain.

Bagaimana nak buat?

Gerakkan mouse anda sehingga terjumpa features “SECURITY”. Di feature tersebut, anda akan nampak “Lets Encrypt SSL”. Klik dan ikut arahan ringkas untuk enable HTTPS domain anda.

https lets encrypt

Sebelum anda “enable” https, url domain ialah “http://www.rossaimi.com”. Selepas https enable, url domain akan menjadi “https://www.rossaimi.com”.

Anda nampak apa-apa perbezaan?

Bezanya sedikit ada “s” ataupun tiada “s” selepas http. Akan tetapi ianya memberikan pernyataan blog anda selamat dikunjungi dan mengurangkan risiko “kena hacked”.

Ini penting, kerana bukan sahaja pembaca merasa selamat tetapi google juga beranggapan “your blog is good site”.

Pada pertengahan tahun 2017, google telah mengumumkan memberi amaran kepada pembaca jika melayari laman yang tidak menggunakan protokol https sebagai “insecure”. Jadi sudah tentu anda tidak mahu kehilangan pembaca ataupun bakal pelanggan hanya kerana amaran “INSECURE” dari google.

Jadi pasanglah HTTPS, ianya percuma.

Tahniah, anda telah berjaya membuat blog wordpress self-hosted tanpa perlu mengeluarkan kos kepada designer laman web ataupun pengaturcara. Semuanya anda boleh lakukan sendiri di rumah jika anda mengikuti cara buat blog sendiri langkah demi langkah.

  • admin
  • Updated October 15, 2017
Click Here to Leave a Comment Below 0 comments