Cara Borong Barang Dari China Dengan Mudah Dan Kos Murah

Cara borong barang dari China. Pada masa dahulu kalau hendak membeli barang dari Negara China memang susah. Kita terpaksa pergi ke negara tersebut. Jadi memang perlu modal yang besar untuk travel ke sana.

Sekarang dah tak susah macam dulu. Dengan perkembangan teknologi masa kini, anda boleh membuat tempahan hanya dari rumah sahaja walaupun hanya ingin beli barang China satu barang sahaja.

Jadi memang banyak kos yang boleh dijimatkan jika kita tidak perlu keluar negara untuk borong barang.

Untuk anda yang pertama kali ingin mencuba-cuba borong barang dari China secara online, di bawah ini Rossaimi sediakan beberapa laman web pembekal dari China untuk membuat tempahan.

Senarai Lubuk Supplier China Untuk Borong Barang Paling Murah

Sebenarnya ada banyak laman web lubuk supplier China tetapi untuk memudahkan pembaca sekalian saya senaraikan tiga lubuk borong barang paling popular. Amat sesuai jika anda ingin menjalankan bisnes dropship ataupun ebay. Sila lawati laman web di bawah ini.

Taobao

Boleh dikatakan inilah laman jual beli barang China secara borong yang paling popular dan murah. Taobao menawarkan pelbagai variasi produk tanpa MOQ. MOQ ialah Minimum Order Quantity.

cara borong barang dari china
Sumber : https://world.taobao.com

1688.com

Minimum Order Quatity ialah 5 unit. Harga barangan akan berubah berdasarkan MOQ yang pelanggan inginkan. Sila lawati https://www.1688.com/

web borong

Alibaba.com

Mengenakan kadar MOQ yang tinggi kerana mereka tidak melakukan penyimpanan stok. Amat sesuai untuk perniagaan yang berskala besar . Perlu membuat tempahan minimum 500 hingga 1000 unit.

beli barang dari alibaba

Antara tiga laman web pembekal di atas, Taobao merupakan laman beli barang borong yang paling terbaik berbanding yang lain. Harganya tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal, tambahan pula anda dibenarkan membuat pembelian walaupun hanya satu unit.

Jadi anda sudah tahu di mana hendak beli barang dari China secara online. Akan tetapi walaupun anda dah tahu nak beli di mana, akan ada masalah atau kebimbangan yang timbul. Almaklumlah membeli pembelian di laman web asing, pasti macam-macam masalahnya.

Saya senaraikan di bawah ini. Jika ada tambahan ataupun pengalaman dari pembaca, sila masukkan diruangan komen untuk saya kemaskini nanti.

Antara masalah atau kebimbangan yang biasa berlaku ialah:-

  1. Takut ditipu oleh pembekal. Dah la bahasa tak faham. Sudah tempah dan bayar tetapi barang tak sampai-sampai.
  2. Barang dah sampai tetapi tak boleh diguna langsung.
  3. Tersalah pilih stok menyebabkan barang susah dijual. Tidak laku.
  4. Kena sound dengan pihak PosLaju sebab tak pandai bungkus barang.
  5. Terpaksa membayar kos penghantaran dan cukai perkhidmatan yang tinggi.

So, jangan tergesa-gesa membuat pembelian di website tersebut selagi anda belum habis membaca artikel ini.

Berbalik kepada kenapa saya memilih Taobao tadi, kenapa saya tidak memilih alibaba.com, aliexpress.com atau 1688.com sebagai lubuk borong barang dari China.

Untuk pengetahuan anda, Taobao merupakan website milik syarikat Alibaba. Jadi pasti anda tertanya-tanya, kenapa wujudkan Taobao.com sedangkan Alibaba.com sudah ada.

Jawapannya, Taobao diwujudkan untuk segmen pasaran yang berbeza-beza.

Alibaba diwujudkan untuk pemborong yang besar-besar, di mana produk yang dijual di laman web tersebut sangat murah tetapi minimum quality order sangat tinggi iaitu 500 unit hingga 1000 unit.

Manakala Taobao.com pula untuk pengguna atau pemborong kecil-kecilan. Anda boleh membeli barang dari 5 unit hinggalah puluhan unit. Harganya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Tetapi sebelum beli barang secara borong di Taobao, ada baiknya anda belajar dahulu cara beli barang di Taobao secara online terlebih dahulu. Kena belajar sebab benda pertama kali kita nak buat, memang susah pada mulanya.

Ada macam-macam cara nak belajar. Anda boleh hadiri seminar ataupun kursus belajar borong barang dari China yang ditawarkan diluar sana jika anda mempunyai banyak masa.

Akan tetapi jika anda mempunyai masa yang terhad, saya cadangkan anda dapatkan panduan lengkap yang dipanggil Rahsia Taobao(Panduan Import Barang Dari China Secara Online).

Panduan ini khas jika anda ingin belajar cara beli barang di Taobao.

2 thoughts on “Cara Borong Barang Dari China Dengan Mudah Dan Kos Murah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *