Tarikh Pembayaran BRIM 2018 Fasa Pertama 26 Februari 2018

Tarikh pembayaran BRIM 2018 fasa pertama ialah pada 26 Februari 2018. Betul tak?

Begitulah antara soalan yang ditanya. Di bawah ini merupakan penjelasannya. Maklumat ini dipaparkan setelah mendapat maklumat daripada laman LHDNM. Tetapi ianya tertakluk kepada perubahan semasa.

Walaubagaimanapun, kadar bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi semua kategori adalah sama sepertimana yang diumumkan di dalam bajet 2018.

Sebelum saya lebih lanjut tentang duit brim, sedikit maklumat pelaksanaan BR1M yang bermula dari tahun 2012 hingga 2018.

[ninja_tables id=”1187″]

P/S: Mulai tahun 2017, kategori e-kasih diserapkan ke kategori isi rumah.

Di bawah ini dikongsikan maklumat penting tentang cara dan tarikh bayaran brim 2018 serta jumlah bayaran brim terkini.

tarikh pembayaran brim 2018

Tarikh Pembayaran BRIM 2018

Kategori penerima BR1M dibahagikan kepada dua iaitu keluarga(isi rumah) dan individu(bujang). Pembayaran bagi kategori isi rumah akan dibahagikan secara berperingkat. Dibayar tiga kali iaitu pada bulan februari, jun dan ogos 2018.

Manakala pembayaran br1m bagi kategori individu(bujang) dilakukan sekali sahaja iaitu pada februari 2018.

Duit brim boleh dapat, sekiranya permohonan baru ataupun kemaskini yang dibuat telah diluluskan oleh agensi-agensi kerajaan yang disenaraikan dalam artikel sebelum ini.

Jika permohonan anda telah diluluskan, maka jumlah kadar bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia sebagaimana jadual pembayaran di bawah.

Tarikh BRIM 2018 Mengikut Kategori

1. Kategori Individu Bujang Berpendapatan Bawah 2k Sebulan

Jumlah bantuan yang diberikan ialah sebanyak RM450. Pembayaran akan dilakukan secara one off bermula 26 Februari 2018 secara berperingkat.

2. Kategori Isi Rumah Berpendapatan Dari RM3001 hingga RM4000 Sebulan

Jumlah bantuan tunai yang akan diterima sebanyak RM900. Pembayaran akan dilakukan secara ansuran sebanyak tiga kali.

  • Bayaran Pertama sebanyak RM300 pada bulan Februari. Pembayaran bermula 26 Februari 2018 secara berperingkat.
  • Bayaran kedua sebanyak RM300 pada bulan jun.
  • Banyaran ketiga sebanyak RM300 pada bulan september 2018

3. Kategori Isi Rumah Berpendapatan Dibawah RM3000

Jumlah bantuan tunai yang akan diterima sebanyak RM1200. Dilakukan secara ansuran sebanyak tiga kali.

  • Bayaran Pertama sebanyak RM400 pada bulan Februari. Pembayaran bermula 26 Februari 2018 secara berperingkat.
  • Bayaran kedua sebanyak RM400 pada bulan jun.
  • Banyaran ketiga sebanyak RM400 pada bulan september 2018

*Kemaskini akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Pemohon adalah digalakkan melayari Portal Rasmi e-BR1M untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa di https://ebr1m.hasil.gov.my/

Cara Pembayaran BRIM 2018

Terdapat dua agihan cara bayaran brim kepada penerima yang dilakukan oleh pihak yang berkaitan, iaitu pembayaran melalui akaun bank penerima dan juga melalui baucar.

Melalui akaun bank penerima

Sepertimana yang dinyatakan di atas tadi tentang tarikh bayaran BR1M, pengkreditan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat ke akaun bank penerima berdasarkan masklumat yang diisi di dalam borang BR1M.

Kecepatan duit BR1M masuk adalah bergantung sistem bank penerima.

Pastikan nombor akaun bank penerima adalah betul dan tepat.

Melalui baucar

Mungkin masih ada lagi pada masa ini, pemohon tidak memberikan maklumat nombor akaun simpanan semasa membuat permohonan. Bagi pemohon yang layak menerima br1m dan tidak mempunyai maklumat akaun penerima, bayaran br1m akan dibuat dalam bentuk baucar.

Baucar tersebut akan terus dipos ke alamat penerima dan boleh ditunaikan dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Pembayaran BR1M dalam bentuk baucar juga dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pemohon berkemungkinan akan terima lebih lewat sedikit dari penerima yang mempunyai maklumat akaun bank.

Jika anda ingin mengetahui status permohonan/kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia anda , sila buat BRIM 2018 semakan.

Semoga ianya bermanfaat. Artikel tarikh pembayaran brim 2018 akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Leave a Reply