Jangan Beli Kapal Layar Jika Tiada Ejen Dan Belum Baca 6 Sebab Ini

Serius, jangan beli jika anda tidak mempunyai ejen dan masih belum baca enam sebab di bawah ini.

Dengan adanya portal di internet, kapal layar mendapat lebih banyak pendedahan kepada prospek yang sedang mencarinya. Bukan sekadar melihat, malah ianya juga boleh ditempah serta-merta. Walaubagaimana pun, keputusan yang silap bakal memberi kesan buruk kepada wang dan emosi anda.

Oleh itu anda perlukan nasihat dari seorang ejen atau broker. Berikut adalah 6 sebab mengapa anda perlukan ejen untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat sebelum membuat sebarang pembelian kapal layar.

6 Sebab Kenapa Anda Perlukan Seorang Ejen?

1. Ejen lebih komited untuk bantu anda. Bayangkan anda menerima panggilan telefon dari seseorang, menjawab soalan dan menetapkan temujanji. Ia adalah tugas yang memerlukan komitmen penuh kerana prospek akan beredar sekiranya ejen tidak memberi kerjasama yang pantas. Jika anda berhubung dengan ejen yang komited, anda akan dapat menjimatkan banyak masa dan berdepan dengan banyak masalah.

2. Bukan mudah untuk berunding. Setiap individu berharap dapat menjalankan urusan jual beli dengan proses yang mudah. Ada sesetengah individu tidak berminat untuk mendapatkan nasihat ejen kerana mereka lebih gemar berurusan terus dengan penjual kapal layar yang kononnya dianggap lebih telus.

Malangnya, proses ini bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin anda sebagai pembeli meminati sesebuah kapal layar, tetapi penjual tidak menunjukkan minat untuk melayan anda.

Oleh itu, penggunaan seorang broker sebagai orang tengah merupakan tindakan yang paling tepat untuk membantu menyampaikan mesej anda. Biarkan urusan rundingan yang rumit diselesaikan oleh pihak yang profesional.

3. Bukan semua orang minat kertas kerja. Ejen kapal layar yang berpengalaman berurusan dengan kontrak yang ditetapkan oleh penjual. Anda sebagai pembeli pasti perlukan kontrak jualan/belian yang melindungi dan memastikanan dan mendapat jaminan dan kepuasan semasa membeli kapal layar yang diimpikan. Ejen yang berpengalaman tahu bagaimana untuk menggunakan kontrak tersebut bagi membantu anda.

4. Ejen kapal layar ternama tidak berbohong. Mereka tidak akan buat sesuatu yang boleh menjatuhkan reputasi kerana urusniaga jual beli ini bergantung pada rujukan dan belian dari pelanggan sedia ada. Mereka ini akan sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan untuk mendapatkan maklum balas yang positif.

Jika prospek atau pelanggan berasa curiga, sudah pasti mereka akan menceritakan hal tersebut kepada orang lain. Berita buruk yang tular dengan cepat pasti akan menjejaskan periuk nasi ejen tersebut.

5. Bukan semua perkara dipandang remeh. Ada individu yang berfikir boleh terus beli tanpa melalui ejen. Mereka tak nak melibatkan ejen untuk jimatkan kos dan sekadar meletakkan bajet mengikut harga pasaran. Ia nampak seperti perkara yang betul, tapi ia boleh menjadi langkah yang salah.

Harus diingat, tanpa pengalaman menjual, proses jual beli akan menjadi lebih rumit dan sukar lebih-lebih lagi tanpa ada sebarang pengetahuan dan pengalaman.

Oleh itu pilihlah seorang ejen upaya mereka boleh membantu dan memberi nasihat yang betul pada anda.

6. Pengetahuan yang betul. Untuk membuat pembelian kapal, perlukan pengetahuan asas seperti pendaftaran, insurans dan visa. Hanya mereka yang berpengalaman akan memastikan anda mendapat maklumat yang tepat untuk anda.

Sesetengah kapal layar terpakai memerlukan sedikit sentuhan sebelum ia dijual kepada pelanggan.

Ejen akan memastikan ianya menepati kepuasan pelanggan sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Kesimpulan

Kewujudan portal di internet memudahkan lagi urusan untuk anda membeli kapal layar yang anda idam-idamkan. Namun begitu, ia bukanlah semudah membeli komputer atau telefon bimbit secara online. Anda perlukan ejen profesional yang boleh membantu anda membuat pembelian yang sudah pastinya memerlukan sejumlah wang yang besar.

Jika anda tercari-cari ejen untuk memiliki kapal layar idaman anda, terus hubungi saya di talian 01111937974(Saimi). Saya dan pasukan akan berusaha untuk membantu anda memiliki kapal layar yang anda idamkan dengan sebaik yang mungkin.

Kapal layar mewah untuk dijual

Adakah anda sedang mencari kapal layar untuk :

Percutian peribadi
Mesyuarat persendirian
Hiburan
Sambutan hari lahir
Insentif korporat
Percutian keluarga
Berbulan madu
Aktiviti memancing persendirian

Sekarang, kami bawakan anda :

Sebuah hotel terapung yang menawarkan semua kemewahan selesa yang dilengkapi dengan penyaman udara.

Didatangkan dengan ruang luas yang boleh memuatkan sehingga 40 orang tetamu bagi sesebuah acara.

Senireka dalamannya mendapat sentuhan pereka yang meyakinkan dengan rekaan gaya maritim.

Ruang utama yang dibina untuk keselesaan yang maksima dan digunakan sepenuhnya.

Bagus untuk menghiburkan pelanggan semasa waktu rehat di malam hari.

Rekaan ruang masuk ke dalam kabin yang ringkas.

Banyak ruang dalam setiap kabin serta kemudahan yang moden untuk percutian yang selesa.

Boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu untuk kabin yang terpilih.

Sesuai untuk jamuan BBQ di dalam dewan makan yang selesa dan bergaya.

Ruang atas kapal yang terbuka khas untuk peminat bintang dan matahari terbenam.

Sesuai untuk menghiburkan sekumpulan komuniti yang besar.

kapal mewah

YACTH SPECIFICATION
====================

Beam : 17.38ft/5.3m
Built : 1991
Hull : Wood
Length : 96.12ft/29.0m
Draft : 8.86ft / 2.7m
Cabin : 6 cabins
Engine : 2 x Hino 715Kw
Cruising speed : 8 knots
Max speed : 10 knots

☞Location : PelabuhanKlang / Port Klang Malaysia

For more details

Please feel free to contact us at

☞+6011 1193 7974

Or other else feel free to email at :[email protected]

Thank you for your attention.

Discussion

Leave a Reply