Apa Itu Permalink Dan Bagaimana Untuk Memilih Yang Terbaik

Struktur permalink akan menentukan apa bentuk URL artikel yang diterbitkan. Ini merupakan satu perkara penting untuk mengoptimumkan aturan(setting) kerana struktur permalink akan memberikan kesan kepada Search Engine Optimization(SEO) sesebuah blog.

Saya akan memperjelaskan satu persatu.

apa itu permalink

Perhatikan dua perkara ini.

  • Domain = Rossaimi.com
  • URL = https://www.rossaimi.com

Apa Itu Permalink?

Permalink merupakan URL yang berada pada satu-satu page di sesebuah website. Sebagai contoh, permalink untuk artikel ini ialah,

https://www.rossaimi.com/apa-itu-permalink.html

Anda boleh nampak URL ini di browser address bar.

Antara contoh permalink lain di blog ini ialah,

Anda boleh nampak bahawa nama domain tetap sama iaitu Rossaimi.com tetapi ada perkataan tambahan dihujungnya. Perkataan tambahan ini ialah tajuk artikel ataupun topik.

Permalink akan memudahkan kita mencari artikel tertentu di blog.

Sebagai contoh, kita akan mendail nombor extension tertentu untuk bercakap dengan seseorang yang bekerja di sesebuah syarikat. Tapi tak tahulah setiap kali anda ingin bercakap dengan orang yang tertentu di sebuah syarikat tetapi menggunakan nombor telefon utama. Sudah tentu sukar untuk menghubungi orang tersebut.

Saya harap anda dapat membayangkan apa itu permalink.

Apa Itu Struktur Permalink?

Struktur permalink merupakan asas format dalam wordpress yang digunakan untuk menamakan sesebuah post ataupun page.

Sebagai contoh, struktur permalink blog ini ialah https://www.rossaimi.com/%postname.html

Saya menggunakan custom permalink. Default wordpress ialah https://www.rossaimi.com/%postname%/. Jadi sekiranya anda membuat artikel samada di post atau page, wordpress akan secara automatik menyediakan permalink untuk anda. Ia akan menggantikan %postname% kepada tajuk yang anda tulis di artikel baru di post atau page.

AMARAN: Jika anda telah publishkan artikel di post atau page, jangan menukar struktur permalink sekarang. Ia akan menjadikan link anda rosak(broken link). Jika anda ingin menukar struktur permalink, sila dapatkan nasihat dari mereka yang pakar.

Bagaimana Memilih Struktur Permalink?

Untuk mencari permalink setting, pergi ke Dashboard>Settings>Permalink.

permalink setting

Jangan guna struktur permalink seperti di bawah.

http://yourdomain.com/?p=123

Sangat tidak baik untuk SEO.

Enjin carian menggunakan perkataan, bukan nombor untuk memahami kandungan blog anda. Search engine akan menghantar keputusan carian kepada pengguna berdasarkan word match content di dalam post atau page anda.

struktur permalink

Struktur Permalink(High Recommended)

Post Name merupakan struktur permalink yang terbaik sekali dari sudut SEO. Merupakan pilihan yang terbaik dan anda tidak perlu bimbang.

Walaubagaimanapun, anda boleh juga menggunakan dua struktur permalink di bawah ini.

  • Day and Name. Sesuai untuk blog yang mempunyai ramai Author ataupun single author yang banyak menerbitkan artikel setiap hari dan berkemungkinan berlaku duplicate tajuk artikel.
  • Month and Name. Sesuai untuk single author yang menerbitkan artikel setiap hari dan berkemungkinan berlaku duplicate tajuk artikel.

Tajuk Artikel Di Post Atau Page Tidak Perlu Sama Dengan Permalink

Bila kita menerbitkan post atau page baru, tajuk artikel tidak perlu sama dengan apa yang ada di permalink. Tajuk artikel biarlah lebih kepada human friendly, manakala permalink lebih kepada bot friendly.

Jika anda ingin mengubah struktur permalink pada post atau page, anda hanya perlu klik “edit” dan mengubah permalink tersebut mengikut apa yang anda mahu. Jangan lupa baca juga tentang cara membuat artikel di wordpress.

 

  • admin
  • Updated October 15, 2017
Click Here to Leave a Comment Below 0 comments