Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS 2017

Cadangan waktu perjalanan PLUS sempena aidilfitri 2017.  Pihak PLUS telah mengeluarkan jadual TTA(Travel Time Advisory) bagi membantu pengguna lebuhraya pada musim perayaan merancang perjalanan mereka.

Pengguna lebuhraya dinasihatkan merujuk  jadual cadangan waktu perjalananan yang dikeluarkan.  Waktu yang dicadangkan di dalam jadual TTA tersebut perlu diikuti bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan yang teruk.

Ini kerana TTA telah terbukti berkesan pada musim-musim perayaan yang lepas, membantu pengguna kenderaan menikmati perjalanan yang lancar dan selamat semasa pulang ke kampung dan pulang semula ke ibu kota.

waktu perjalanan plus

Disamping itu TTA juga amat membantu dalam mengurangkan kesesakan pada waktu-waktu puncak di lebuh-lebuh raya, plaza tol dan juga kawasan rehat.

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Aidilfitri 2017

Berikut di bawah ini merupakan jadual cadangan perjalanan secara berperingkat-peringkat di lebuhraya utara selatan mengikut masa dan destinasi tertentu antara Lembah Kelang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Jadual cadangan ini bermula dari 21 Jun hingga 3 Julai 2017 meliputi perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

waktu perjalanan plus

Selain TTA, Strategi Lain PLUS Untuk Lancarkan Perjalanan

Selain daripada melancarkan Travel Time Advisory 2017, Plus juga telah merangka dan melancarkan beberapa pendekatan strategik lain bagi memastikan perjalanan ketika cuti aidilfitri menjadi lebih lancar. Antaranya,

1. Rebat tol waktu bukan puncak

Rebat tol sebanyak 30 peratus ditawarkan untuk transaksi tol menggunakan kad PLUSMiles pada 19, 20, 21, 28, 29 Jun dan 3 Julai. Manakala, rebat tol sebanyak 10 peratus untuk transaksi tol menggunakan kad Touch 'n Go pada tarikh yang sama.

Rebat tol pada kali ini diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuh raya PLUS.

Walaubagaimanapun, pengguna masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 30 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila pengguna menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober yang akan datang.

Transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang tidak terlibat dengan rebat ini.

2. Penutupan Lorong Tambah Nilai

Bagi melancarkan lagi pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol, kesemua 134 lorong tambah nilai akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Jun hingga 2 Julai.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya atau menambah nilai kad di 9,200 lokasi lain yang terdiri daripada mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.

3. Maklumat Trafik Terkini

Maklumat trafik terkini disediakan menerusi perkhidmatan Twitter @PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

4. PLUS Mobile Apps

Penambahbaikan terhadap aplikasi PLUS Mobile Apps dengan memasukkan butang fungsi 'SOS' bagi membolehkan pengguna lebuh raya secara terus menghubungi Pusat Kawalan Trafik PLUS untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan seperti kemalangan dan lain-lain.

...Akhir Kata

Semoga anda mengikuti cadangan waktu perjalanan PLUS yang disediakan. Selamat memandu dan selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

SUMBER : PLUS MALAYSIA BERHAD