Senarai Lokasi Kamera AES Terkini 2017

Senarai lokasi kamera AES terkini 2017.  Mungkin pembaca tercari-tercari di manakah lokasi aes terbaru yang telah dipasang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia sempena musim perayaan ini.

​Sebenarnya JPJ telah mengeluarkan senarai terbaru Sistem Penguatkuasaan Automatik berkamera melalui laman Facebook Rasmi JPJ. Anda boleh semak terus di laman tersebut, ataupun boleh terus membaca di artikel ini.

Sebelum itu Rossaimi nak terangkan terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan AES dan apakah tujuan pemasangan kamera tersebut.

senarai lokasi kamera aes

Apakah Maksud AES?

AES(Automated Enforcement System) ialah satu sistem penguatkuasaan jalan raya secara automatik yang berfungsi untuk memantau sistem aliran trafik jalan-jalan persekutuan dan lebuh raya di Malaysia(Rujuk WIKI).

Sistem ini telah mula beroperasi di Malaysia sejak 22 September 2012. Salah satu tujuan pemasangan dan pelaksanaannya untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia yang meningkat saban tahun terutamanya ketika musim perayaan.

Disamping bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan, ia juga digunakan untuk mengesan kesalahan jalan raya berkaitan had laju dan melanggar lampu isyarat merah.

Berikut di bawah ini dikongsikan kawasan kamera AES terkini sebagai rujukan pemandu kenderaan. Diharapkan dengan adanya maklumat sebegini, janganlah pula pemandu hanya mengikut peraturan di aes camera location sahaja. ​

Senarai Terkini Lokasi Kamera AES

Lokasi aes yang dipaparkan di bawah ini termasuk yang baru dipasang dan juga telah sedia ada. Ia dipasang di jalan-jalan persekutuan, lebuh raya dan kawasan persimpangan lampu isyarat terpilih.

10 Lokasi Kamera Had Laju Sedia Ada

BIL

LOKASI

1.

KM375.9 Lebuh Raya PLUS - Slim River(Arah Utara)

2.

KM7 Jalan Maharajalela - Teluk Intan(Arah ke Bagan Datok)

3.

KM91 Jalan Ipoh - Butterworth(Arah ke Selatan)

4.

​KM85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur(Arah ke Selatan)

5.

KM204,6 Lebuh raya PLUS - Taiping(Arah Utara)

6.

​KM6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)

7.

Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)

8.

Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)

9.

KM D7.9 , Sungai Besi Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)

10.

KM301.6 Lebuhraya PLUS - Kajang (Arah ke Utara)

7 Lokasi Baru AES

BIL

LOKASI

1.

KM151.4 Lebuhraya PLUS - Pagoh(Selepas R&R arah Utara)

2.

KM299.9 Lebuhraya PLUS - Kampar

3.

KM17 Gua Musang - Kuala Krai

4.

KM96.3 Lebuh raya PLUS - Kuala Muda

5.

KM256.1 Lebuhraya PLUS Pantai Timur 2(Selepas R&R Perasing arah Jabor

6.

KM288.6 Lebuh raya Pantai Timur 2(Selepas susur keluar Chukai arah Dungun)

7.

KM146.8 Lebuhraya PLUS - Pagoh(Arah ke Selatan)

Kawasan Persimpangan Lampu Isyarat

BIL

LOKASI

​1.

KM26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar(Persimpangan Kg Kerdah)

2.

Jalan Pasir Putih - Ipoh(Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)

3.

Jalan Ipoh, Kuala Lumpur(Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul)

4.

Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur(Persimpangan Jalan Sepadu)

Sumber Info : JPJ​