Biodata Natxo Insa, Pemain Import Terbaru JDT

Mungkin ramai peminat bolasepak khasnya kelab JDT ingin mengetahui lebih lanjut biodata Natxo Insa pemain import terbaru JDT pertengahan musim Liga Malaysia 2017. Berita tentang penghijarahan pemain tengah dari Sepanyol ini telah didedahkan melalui laman facebook rasmi JOHOR SOuthern Tigers pada 6 Jun 2017.

Pasti berita ini amat mengembirakan penyokong Harimau Selatan dan berkemungkinan pemain ini akan dinaturalisasikan sebagai pemain Malaysia.

Sebelum itu, media Sepanyol telah mengesahkan Natxo Insa akan berpindah ke JDT, dimana kelab JDT dan Levante telah mencapai persetujuan dengan yuran perpindahan hampir setengah juta Euro dan kontrak selama dua tahun.

Natxo merupakan pemain yang lahir daripada Akademi Bolasepak Valencia. Pernah bermain di Villareal CF, Celta Vigo dan Real Zaragoza.

biodata natxo insa

Biodata Ignicio Natxo Insa

Nama sebenar : Ignacio ‘Natxo’ Insa Bohigues
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir : 9 Jun 1986
Ketinggian : 1.77m
Kelab terdahulu : Levante UD, Valencia, Villreal, Real Zaragoza
Kelab sekarang : Johor Darul Takzim FC(JDT)
Posisi : Pemain tengah(Midfielder)

Video menarik cara permainan Na-Cho

Sumber artikel : WIKI