Bantuan Khas RM500 Sempena Aidilfitri 2017 Kepada Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan

Bantuan khas aidilfitri 2017 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Alhamdulillah, akhirnya maklumat yang dinantikan oleh sebilangan besar penjawat awam dan pesara kerajaan akhirnya muncul juga.

Berdasarkan maklumat yang didapati dari Facebook Kementerian Kewangan Malaysia, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bonus raya RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Turut menikmati bantuan raya ialah pesara kerajaan seramai hampir 775,00 orang sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran yang juga dipanggil bonus raya ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Pemberian ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Semoga dengan pemberian bonus penjawat awam 2017 ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara kerajaan membuat persiapan menyambut hari raya puasa nanti.

Siaran media bantuan kewangan sempena aidilfitri 2017

bantuan khas aidilfitri 2017

Pembaca boleh membaca siaran media/ Press release di SINI.