Bacaan Doa Selepas Solat : Terjemahan Bahasa Rumi Dan Pengertian

Bacaan doa selepas solat. Terjemahan dalam bahasa rumi dan penngertian.

Doa menurut istilah syarak, bermaksud perbuatan memohon sesuatu yang baik kepada Allah S.W.T seperti meminta keselamatan diri dan keluarga, meminta kesihatan, mendapat rezeki yang halal dan dikuatkan semangat untuk menjalani kehidupan dan memohon untuk perlindungan dari perkara-perkara yang tidak baik.

Sebagai seorang muslimin dan muslimah, sebaiknya kita meminta dan berdoa kepada Allah SWT pada setiap waktu, setiap saat samada sebelum solat mahupun selepas solat kerana Allah itu maha mendengar, maha pengasih lagi maha penyayang.

Waktu-waktu mustajab dan tepat untuk berdoa

Antara waktu-waktu yang paling afdal dan mustajab untuk berdoa kepada allah, seperti berikut:

  1. Ketika membaca Al-quran
  2. Selepas menunaikan solat fardhu
  3. Selepas solat tahajjud ketika tengah malam
  4. Ketika berpuasa samada puasa wajib ataupun sunat
  5. Ketika melaksanakan ibadah haji

Doa selepas solat

Di bawah ini merupakan bacaan doa selepas solat yang ringkas, beserta maksud dan terjemahan dalam bahasa rumi. Berkumngkinan ada berlaku kesalahan bacaan terutamanya ketika diterjemahkan dalam bahasa rumi. Sekiranya berlaku kesalahan, mohon perbetulkan menerusi ruangan komen di bawah.

Bahasa jawi

doa selepas solat

Bahasa rumi

Bismillah hir’rahma nirra’him
Alhamdulillah hirobbil a’lamin
Wassola tuwas sala mua’la saidina Muhammadinn asrofil mursaliin, wa’ala alihi wasob bihi ajma’in.

Allahumma ahyiina bil iiman, wa’amit naa bil iiman, waad khilnal jannata maal iiman
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa soghiroo.

Allahummaah timlana bihusnil khotimah, wala tahtim alaina bisuu iilkhotimah
Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in’naka antal wahab

Robbana aatina fid’dun yaa hasanah, wafil a’ khirotil hasanah, waqinaa azab’bannar

Wasollallah huala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasobihi was’salam
Walham dulillah hirob’bil a’lamiin

Maksud/terjemahan doa selepas solat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah akan kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

…Kesimpulan

Akhir kata, semoga artikel bacaan doa selepas solat ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada berlaku kesalahan maksud dan bacaan melalui artikel ini. Pembaca diharapkan dapat menegur kesilapan menerusi ruangan komen di bawah, supaya dapat kita sama-sama perbetulkan untuk rujukan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan manakala yang buruk itu adalah dari kesilapan saya sendiri.

Wallahu a’lam