Tarikh Sambutan Hari Ibu 2017 Di Malaysia, Sehari Jer Ke Sambut?

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Jika anda terlupa, saya ingatkan tarikh sambutan hari ibu di Malaysia ialah pada setiap hari ahad kedua dalam bulan mei setiap tahun.

Tetapi mana mungkin seorang akan melupai jasa-jasa dan pengorbanan seorang ibu, betul tak? Sudah tentu tarikh hari ibu akan diingati setiap tahun.

Jadi bagaimana pula dengan hari bapa? Kekadang pengorbanan dan kasih sayang bapa tidak begitu dirasai semasa bapa masih ada. Pengorbanan dan kasih sayangnya hanya akan dirasai apabila ianya sudah tiada lagi. Semoga saya tidak berfikiran sedemikian.

Bilakah pula tarikh sambutan hari bapa di Malaysia?

Jawapannya, Kalau hari ibu pada ahad kedua bulan mei setiap tahun. Hari bapa pula jatuh pada ahad ketiga bulan jun setiap tahun.
sambutan hari ibu

Tarikh Sambutan Hari Ibu Dan Bapa 2017

*Jadual di bawah merupakan tarikh hari ibu dan bapa di Malaysia bagi tahun 2017

SambutanTarikh
Hari Ibu14 Mei 2017
Hari Bapa18 Jun 2017

Bagi saya, kenapa hanya perlu satu hari sahaja hari ibu? Adakah dia menjadi ibu kita hanya untuk satu hari sahaja? Adakah wajar kita lakukan sedemikian terhadap orang yang menanggung segala kepayahan mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan seterusnya bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Apabila kita telah dilahirkan, segala kehendak dan keinginan kita dipenuhi.

Jadi dengan segala kemuliaan dan pengorbanan yang mereka buat, apakah wajar kita meraikan mereka hanya sehari.

Bagaimana dengan hari-hari lain? Kita diam, tidak menghubungi dan tiada perhargaan buat ibu.

Jadi sama-sama fikirkanlah, sementara mereka(ibu dan bapa) masih ada.

* Tulisan ini bukan hanya untuk mengingatkan orang lain tetapi paling penting ialah mengingatkan diri saya sendiri.

Di hati kecil aku,, IBU..ampunkan segala dosaku.

Leave a Reply