SAPS Login : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

SAPS Login, Apa itu? SAPS ialah singkatan daripada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Dibangunkan secara atas talian dan bertujuan untuk mengumpul, mengisi dan memasukkan maklumat serta data peperiksaan pelajar. Sistem ini digunapakai di setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dibangunkan secara atas talian dan penggunaannya boleh dicapai oleh setiap golongan yang terbabit seperti ibu bapa, guru, kementerian pendidikan, jabatan pendidikan negeri dan daerah serta pihak sekolah.

Pihak-pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM), Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) dan Jabatan Pendidikan Daerah(PPD) akan menggunakan data yang disimpan di dalam SAPS ini untuk membuat analisis. Ini selaras dengan apa yang dikatakan skala gred kebangsaan.

saps login

Gambar saps login hanya sekadar hiasan sahaja

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Login untuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dibahagikan kepada dua pengguna, iaitu :

  1. Login untuk guru
  2. Login untuk ibu bapa

Login SAPS Guru

Login untuk SAPS Guru boleh dicapai melalui pautan : https://sapsnkra.moe.gov.my/(Khas untuk guru).

Login SAPS Ibu Bapa

Manakala Login SAPS NKRA Ibu Bapa boleh dicapai melalui pautan ini : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php(Khas untuk ibu bapa).

Singkatan Dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Terdapat beberapa singkatan perkataan yang digunakan di dalam sistem ini, yang kebanyakan singkatan tersebut digunakan oleh oleh para guru sekolah. Saya senaraikan singkatan tersebut yang dipetik dari laman rasmi tersebut beserta maksudnya.

  • SAPS – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • SUP – Setiausaha Peperiksaan
  • KP – Kad Pengenalan
  • GK – Guru Kelas
  • GMP – Guru Mata Pelajaran
  • APDM – Aplikasi Pengkalan Data Murid

(Anda Guru)Jika Berlaku Masalah, Apa Perlu Dibuat?

Sebarang masalah teknikal ataupun inginkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi mereka sebagaimana di bawah:

Talian Bantuan SAPS

PenggunaPegawai BantuanCara mendapatkan bantuan
Pengetua/Guru Kelas/Guru Mata PelajaranSUP SekolahHubungi SUP sekolah anda
SUP Sekolah(Setiausaha Peperiksaan Sekolah)Pegawai ICT/SPA di PPDLogin sistem untuk mendapatkan nombor telefon
Pegawai PPD dan JPNPegawai ICT/SPA di BPSH,KPMLogin sistem untuk dapatkan nombor telefon ataupun isi borang aduan
*Senarai person in-charge yang boleh dihubungi sekiranya berlaku masalah ataupun pertanyaan tentang SAPS Login

Leave a Reply