Jangan Bagi Orang Pegang Kaki Anak, Jika Tak Kenal

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Jangan bagi orang pegang kaki anak, terutamanya jika kita tidak mengenali orang tersebut. Artikel ini saya letakkan di sini sebagai peringatan untuk diri sendiri juga dan termasuk untuk pembaca semua.

Info berguna ini saya dapatkan Facebook Info Ibu Hamil.

Sebelum itu ingin saya katakan, terpulang kepada pembaca untuk menerima atau tidak perkongsian ini. Bagi saya ianya perkongsian yang boleh diguna pakai dalam usaha kita membesarkan anak-anak. Sudah tentulah kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku pada anak kita.

Percayalah, pada zaman moden ini masih ada orang yang mengamalkan ilmu syirik. Mungkin bagi sesetengah ibu bapa ianya tidak berakal dan mitos semata-mata. Cuma saya nak ingatkan, jangan mengambil mudah perkara sebegini.

jangan bagi orang pegang kaki anak
OK..berbalik semula pada cerita ini, jalan ceritanya sebagaimana di bawah.

Selamat petang. Nak kongsi something ni. Pagi tadi kita pergi Klinik Kesihatan untuk buat monthly checkup baby. Ketika sedang menunggu giliran, datang seorang ibu membawa mak dia(agaknya sekitar 50 tahun lebih).

Mereka duduk di kerusi depan dan kita duduk di kerusi belakang. Sambil memberi breastfeed pada baby, dia berborak dengan kita. Beliau bertanya, beranak normal ke caesar, anak nombor berapa? Setiap persoalan tersebut, kita jawab macam biasa.

Akan tetapi tiba-tiba dia bertanya “darah ada lagi ke?” Hati kita mula syak yang bukan-bukan.

Kita jawab, kadang-kadang jer ada. Selepas itu beliau terus nak memegang kaki baby. Kita terperanjat dan terus cakap “Jangan pegang kaki anak saya makcik, mak mertua saya tidak membenarkan”. Terus dia tak jadi hendak pegang.

Terus selepas itu sampai balik dia tidak bercakap langsung dengan kita.

Sebenarnya kalau nak tahu biasanya kalau “orang yang membela” bila jumpa baby tak kiralah baby atau anak umur 6 tahun, memang dia akan pegang ibu jari kaki anak. Selepas dia pegang, anak memang akan menangis dan menjerit.

Mak mertua saya boleh dikatakan pandai mengubat orang, jadi tidak hairanlah kalau dia tahu pasal nie. Jadi kepada ibu bapa luar sana, berwaspadalah kalau orang tua ke, orang muda ke(lebih-lebih lagi orang yang tak dikenali) tiba-tiba nak pegang kaki anak, jangan bagi. Tarik kaki anak cepat-cepat. Saudara mara pun belum tentu boleh percaya. Hati orang siapa tahu kan.

Sebab itu kita kena berwaspada dengan sesiapa pun.

Bagi yang nak percaya, percayalah tetapi janganlah taksub sangat. Bagi yang tidak mahu percaya, suka hati anda. Tiada paksaan. Bagi saya, kena kedekut sikit bab anak nie.Hati org kita tak tahu . Sebab tu kena hati-hati walau dgn sesiapa pun..

Kita hampir nak kena semasa anak sulung berumur dua tahun semasa pulang ke kampung. Sebab tulah orang mengandung atau mempunyai anak kecil kena ada minyak zikir. Kena bawak minyak tu kalau nak pergi ke mana-mana. Sebelum keluar rumah, sapu dahulu minyak tersebut kat kepala(ubun-ubun), telinga, dada, betis dan tengkuk. Kalau orang yang berniat baik, tidak ada masalah kalau dia pegang anak kita. Inshaa allah orang yang berniat tidak baik tidak berani pegang anak kita.

Mintak-mintaklah perkara sebegini dijauhkan dari anak-anak kita. Amiin..amiin.

Minyak zikir tu kita boleh buat sendiri. Beli jer apa-apa minyak yang bersih(boleh bawak solat), bacakan surah yassin ,surah empat Qul, ayat kursi dan zikir. Lebih kurang sama macam buat air yassin jugak caranya. Kalau pening nak cari minyak apa, boleh sahaja pakai minyak masak.

Mak mertua saya menggunakan minyak kelapa untuk rambut 100% pure coconut. Boleh cari kat kedai gunting rambut india. Kalau bidan yang ok, diorang buatkan minyak celak.

Itulah antara sedikit sebanyak perkongsian jangan bagi orang pegang kaki anak daripada Facebook Info Ibu Hamil. Ayat di atas saya editkan serba sedikit untuk disesuaikan dengan gaya penulisan. Pembaca disarankan merujuk halaman facebook Info Ibu Hamil.

Leave a Reply