Semakan Permohonan Matrikulasi 2017-2018

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Semakan permohonan Matrikulasi sesi 2017-2018. Keputusan calon yang berjaya ditawarkan untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi pengajian 2017/2018 diumumkan bermula jam 12.00 tengahari pada 27 April 2017.

Sekiranya anda merupakan calon lepasan SPM tahun 2016 dan telah mengemukakan permohonan ke program tersebut, semakan keputusan tawaran kemasukan boleh dibuat secara online dan juga SMS.

Maklumat lanjut dikemaskini dari semasa ke semasa sebagaimana di bawah.

Semak Permohonan Matrikulasi Sesi 2017

Tarikh semakan : Bermula jam 12.00 tengahari pada 27 April 2017 hingga jam 11.59 malam 11 Mei 2017.

Terdapat dua cara untuk membuat semakan keputusan permohonan, iaitu:

  1. Online dan,
  2. SMS

Semak Keputusan Tawaran Kemasukan Matrikulasi KPM Secara Online

Semakan secara online boleh dibuat melalui pautan dibuat. Pautan dibawah ini akan dibuka pada tarikh yang dinyatakan di atas.

[+] Sistem Aplikasi Permohonan Program Matrikulasi

Semakan melalui SMS

Cara menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas(SMS). Cas perkhidmatan sebanyak 15 sen akan dikenakan bagi setiap penghantaran dan 20 sen bagi setiap penerimaan.

Semakan permohonan matrikulasi juga boleh dibuat melalui perkhidmatan MySMS. Ikuti langkah mudah sebagaimana di bawah.

  1. Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>No Kad Pengenalan
    Contoh: MOE MAT 901213017123
  2. Hantarkan SMS ke 15888

Sekiranya anda berjaya ditawarkan untuk mengikuti program matrikulasi sesi 2017/2018, calon dikehendaki membawa bersama surat tawaran, dokumen tentang maklumat calon dan beberapa dokumen yang lain semasa hari pendaftaran.

Bagi calon yang tidak berjaya untuk mengikuti program, anda boleh mengemukakan terus permohonan rayuan secara online melalui laman MOE sebaik sahaja keputusan permohonan matrikulasi diumumkan.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-88844036/88844083/88844040 dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang hari bekerja.

Leave a Reply