Cara Memohon Kad Debit Pelajar 2017 Secara Online

Cara daftar kad debit pelajar 2017 secara online. Sepertimana yang kita ketahui bermulanya tahun 2017 baucar buku telah digantikan dengan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia(KADS1M).

Pemansuhan ini bagi memastikan tiada lagi ketirisan ataupun penyalahgunaan pembelian alat-alat selain daripada buku dan juga alat tulis yang menular dikalangan pelajar.

kad debit pelajar 2017

Walaubagaimanapun kadar sebanyak RM250.00 masih lagi dikekalkan.

Bagi pelajar-pelajar IPTA dan juga IPTS yang ingin mendapatkan KADS1M, pelajar boleh memohon kad debit pelajar 2017 secara online menerusi Bank Rakyat mulai 16 Februari 2017.

Cara Daftar Kad Debit Pelajar 2017 Secara Online

Berikut merupakan tatacara yang perlu diikuti untuk membuat permohonan KADS1M menerusi Bank Rakyat.

  1. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengklik pautan: http://www.bankrakyat.com.my/bppt.
  2. Terdapat tiga section yang perlu diisi oleh pelajar. Tiga seksyen tersebut ialah section A(Customer Information), section B(Contact Information) dan section C(Student Status).
  3. Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, jangan lupa dengan men”tick” empat kotak yang disediakan sebelum menekan butang “SUBMIT”.
  4. Tunggu email makluman dari Bank Rakyat mengenai maklumat pengambilan KADS1M anda.

Sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun, dokumen yang perlu dibawa ialah:

  1. MyKad(Asal beserta satu Salinan)
  2. Kad Pelajar(Asal beserta satu Salinan)
  3. Salinan MyKad ibu/bapa/penjaga
  4. Surat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga
  5. Sijil kelahiran pemohon(Asal beserta 1 Salinan)

Sekiranya pelajar berumur 18 tahun dan ke atas, sila bawa kad pengenalan(asal beserta salinan) dan kad pelajar(asal beserta salinan).

Note: Pastikan anda membawa dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M di cawangan Bank Rakyat yang ditetapkan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail, sila layari laman www.irakyat.com.my.