Anda Calon Exam PTD Pada November 2016? Baca Ini.

Anda calon exam PTD pada 23 November 2016?Jika ya, Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menjadi salah seorang daripada puluhan ribu calon untuk menghadiri peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

Jika anda tak pasti samada terpilih ataupun tidak, sila buat semakan melalui pautan di bawah ini.

[+] http://e-semakanntt.spa.gov.my/

Adakah anda sudah membuat persediaan?

Jika anda menjumpai artikel ini, pastinya anda sedang mencari panduan, rujukan, tips khas, nota lengkap ataupun contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang boleh digunakan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

peperiksaan pegawai tadbir diplomatik 2016

Apa yang saya harapkan setelah membaca artikel ini ialah anda mendapat sedikit panduan dan maklumat tentang peperiksaan PTD pada awal tahun 2016 ini.

Pada pendapat peribadi saya, calon peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 2016 begitu ramai sekali. Mungkin mencecah sehingga puluhan ribu orang. Ini berikutan 300 kekosongan jawatan yang telah diiklankan oleh SPA pada bulan lepas. Jadi peluang untuk calon yang benar-benar bersedia amatlah tinggi.

Saya akan cuba membantu anda dengan menghantar beberapa tips khas dan panduan menerusi email. Anda boleh mendaftar email anda melalui pautan link di bawah sekiranya anda berminat untuk mendapatkan tip dan maklumat dari saya.

KLIK:UNTUK DAFTAR EMAIL ANDA

Panduan Menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Berbentuk Video

Sebelum ke artikel seterusnya, saya cadangkan anda lihat dahulu video panduan menduduki peperiksaan online PTD yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA).

Peperiksaan PTD 2016 diadakan secara online sepertimana exam PTD pada tahun 2014. Cuma kali ini formatnya sedikit berbeza.

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Tahun 2016

Format soalan exam PTD 2016 hanya mempunyai dua seksyen. Hanya seksyen A dan seksyen B sahaja. Tiada lagi ujian psikometrik(seksyen C).

  • Seksyen A – Pengetahuan am
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Gambaran Contoh Soalan Peperiksaan PTD di Seksyen A – Pengetahuan am

Soalan peperiksaan di seksyen A ini lebih berkisarkan kepada pengetahuan terhadap perkara semasa yang berlaku di seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya. Calon-calon yang selalu mengikuti perkembangan isu semasa mempunyai kelebihan.

contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik

Gambaran contoh soalan peperiksaan PTD(seksyen A)

Gambaran Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik di Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Soalan peperiksaan di seksyen B pula lebih menumpukan kepada kemahiran matematik, kemahiran secara logik, statistik dan juga menginterpretasikan data. Banyak menggunakan kaedah yang dipelajari semasa peringkat Sijil Pelajaran Malaysia seperti algebra dan juga geometric.

contoh soalan peperiksaan ptd

Gambaran contoh soalan PTD seksyen B

Kami Ingin Berikan Preview Copy Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pihak kami sedang menyediakan preview copy rujukan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 untuk diedarkan secara percuma kepada anda. Kami akan edarkannya dalam masa yang terdekat melalui email yang berdaftar dengan kami. Anda boleh mendaftar dengan mengkilk gambar di bawah jika masih belum berbuat demikian.

peperiksaan pegawai tadbir diplomatik 2016

Sekiranya artikel ini bermanfaat, sila kongsikan ke facebook rakan-rakan, saudara mara dan sahabat handai. Semoga ianya boleh membantu kepada yang memerlukan bantuan. Akhir kata selamat menduduki peperiksaan online PTD 2016 pada 23 November 2016. Terima kasih.