Semakan Daftar Pemilih Secara Online Dan SMS

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Semakan daftar pemilih. Bagi pengundi yang telah membuat pendaftaran, semakan lokasi tempat mengundi dan maklumat undian boleh dilakukan secara online dan SMS.

Persoalannya adakah anda sudah mendaftar sebagai pemilih?

Jika belum, lakukan pendaftaran pemilih mulai sekarang.

Mungkin ramai yang membaca mengenai tarikh tutup pendaftaran pemilih bagi PRU pada 30 September 2016. Maklumat itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya tarikh tersebut merupakan tarikh akhir pendaftaran pemilih yang akan dimasukkan di dalam daftar pemilih tambahan suku ketiga 2016.

Semakan Daftar Pemilih Secara Online

Semakan secara atas talian dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

1. Semakan Daftar Pemilih Individu

  1. Klik pautan -> http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/
  2. semakan daftar pemilih

  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang SEMAK
  4. Maklumat seperti gambarajah di bawah akan dipaparkan
  5. keputusan semakan

2. Semakan Daftar Pemilih Isi Rumah

Sekiranya ingin menyemak daftar pemilih lebih daripada seorang, sila layari pautan di bawah ini.

[+] http://daftarj.spr.gov.my/semakdm

Semakan Secara SMS

Disamping perkhidmatan secara online, pengundi juga boleh menyemak menggunakan perkhidmatan SMS. Ikuti langkah sebagaimana gambar di bawah. Kos sebanyak 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.

semakan pemilih sms

Leave a Reply