Permohonan Sekolah Teknik Dan Vokasional 2017 Secara Online

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Permohonan sekolah teknik dan vokasional 2017 secara online. Permohonan ini terbuka kepada pelajar tingkatan 3 pada tahun 2016. Sekiranya pelajar berminat, permohonan kemasukan boleh dilakukan secara online bermula 11 Oktober 2016.

Dibawah ini dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai cara kemasukan ke sekolah teknik dan kolej vokasional.

permohonan sekolah teknik dan vokasional 2017

Syarat Kelayakan, Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Teknik Dan Vokasional

Jika pelajar memenuhi syarat yang ditetapkan sebagaimana di bawah, maka bolehlah membuat permohonan secara online dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ini.

Apakah Syarat Kelayakan permohonan ke sekolah vokasional dan teknik?

Syarat kelayakan umum adalah sebagaimana di bawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Merupakan pelajar tingkatan 3 pada tahun 2016
  3. Sihat tubuh badan. Tidak rabun warna. Tidak mengalami penyakit yang kronik>
  4. Tidak mengalami masalah mental

Cara Permohonan Ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Secara Online

  1. Klik -> https://sptv.moe.gov.my/. Terdapat dua pilihan kategori iaitu untuk lepasan PAV dan lepasan PT3.
  2. Klik -> https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/pavt3.cfm, jika pelajar merupakan lepasan PAV(pernah mengikuti asas vokasional semasa di tingkatan satu). Atau,
  3. Klik -> https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/pt3.cfm, untuk pelajar lepasan PT3 pada tahun 2016.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan tekan “Klik Untuk Masuk”
  5. Sebelum log masuk, pelajar disarankan untuk membaca info kemasukan seperti institusi dan kursus yang ditawarkan, syarat permohonan, carta alir permohonan, info kursus, panduan permohonan dan FAQ. Info tersebut berada di penjuru sebelah kiri. Pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader.

Tarikh tutup permohonan sekolah teknik dan vokasional ialah pada 20 Disember 2016. Mohonlah sekarang supaya tidak mengalami kesukaran disaat-saat akhir nanti.

Sekiranya calon pelajar tidak dapat mengakses sistem, sila kemaskini Aplikasi Pengkalan Data Murid(APDM) melalui guru kelas di SMK masing-masing. Kursus yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

Semakan Keputusan Permohonan Sekolah Teknik Dan Vokasional 2017

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat mulai 19 Januari hingga 24 Januari 2017. Pautan link semakan akan disediakan nanti.

Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan terus ke Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional(BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-88845154.

Leave a Reply