Dekoder MYTV Percuma, Semak Kelayakan Anda Sekarang

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Dekoder MYTV percuma. Berita baiknya ialah anda tidak perlu memohon untuk mendapatkannya. Jika anda dikategorikan layak sebagai penerima, maka tunggu sahaja set dekoder MYTV Basic dihantar ke kediaman anda menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Siapakah yang boleh mendapatkan set tersebut secara percuma?

Jawapannya, Penerima dekoder MYTV percuma dipilih dari kalangan 2 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016 dan mempunyai kediaman di kawasan liputan DTT. Mungkin ramai yang bertanya apakah itu DTT. DTT ialah singkatan daripada digital telestrial televisyen. Saya akan terangkan nanti.

dekoder mytv percuma

Untuk makluman pembaca, set dekoder MYTV broadcasting percuma telah mula dihantar bermula september 2016 dan akan mengambil masa lebih kurang setahun. Jika anda terpilih, anda akan menerima set tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, nak tahu jadi penerima Dekoder MYTV Percuma atau tidak, sila semak…

Ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

  1. Klik -> http://mytvbroadcasting.my/index.php
  2. Masukkan nombor kad pengenalan diruangan yang disediakan sepertimana gambarajah di bawah
  3. semak penerima dekoder mytv percuma

  4. Tekan butang “HANTAR”.
  5. Paparan sebagaimana di bawah dipaparkan sekiranya anda tidak terpilih sebagai penerima Dekoder MYTV Basic.
  6. tidak layak terima dekoder mytv

  7. Akan tetapi, sekiranya anda terpilih paparan seperti di bawah akan dipaparkan.
  8. layak terima dekoder mytv broadcasting

Penerima Dekoder MYTV percuma digalakkan membuat pemasangan sendiri dengan berpandukan panduan yang disertakan bersama set dekoder.

Akan tetapi sekiranya anda memerlukan bantuan untuk memasang antena luaran, cas pemasangan RM180 akan dikenakan(kos termasuk antena dan juga pendawaian).

Sekiranya anda memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena, cas minimum adalah sebanyak RM50. Boleh rujuk sini untuk senarai ejen pemasangan.

Oh ya, di awal artikel tadi saya telah berjanji untuk menerangkan tentang DTT.

Untuk pengetahuan pembaca, penetapan pelaksanaan penutupan siaran analog(dalam bahasa inggeris “Analogue Switch OFF”) telah dipersetujui oleh negara-negara Asean. Penutupan tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dari tahun 2015 hingga 2020.

Negara-negara seperti Malaysia, Thailand, Singapore, Indonesia dan Brunei telah bersetuju untuk menjadikan tahun 2018 sebagai pelaksanaan ASO sepenuhnya.

Di Malaysia, Projek DTT diletakkan di bawah naugan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).

Baca SINI untuk maklumat lebih lanjut lagi.

Leave a Reply