Permohonan Maktab Tentera Diraja 2017 Secara Online

Permohonan kemasukan Maktab Tentera Diraja 2017 secara online telah dibuka bermula 5 Ogos 2016 hingga 30 November 2016. Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar lelaki tingkatan tiga tahun 2016. Pengumuman ini adalah tawaran kemasukan ke tingkatan empat di MTD bagi seisi pengajian 2017-2018.

permohonan maktab tentera diraja 2017

Syarat Pemohonan Kemasukan Maktab Tentera Diraja 2017

Syarat-syarat kemasukan ke MTD adalah sebagaimana berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Jantina – Lelaki.
  3. Ketinggian Minimum – 152cm.
  4. Berat Badan Minimum – 40.5kg.
  5. Body Mass Index(BMI) – 18 hingga 27.
  6. Ukuran dada 74cm(biasa) dan 79cm(tarik nafas).
  7. Penglihatan baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  8. Sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit yang boleh memudaratkan diri ketika melakukan lasak.
  9. Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan PT3 2016(Pentaksiran Tingkatan Tiga) termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan juga Sains. Permohonan kemasukan boleh dibuat mulai sekarang dan keputusan kelayakan menghadiri temuduga akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 2016 diumumkan.
  10. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif dalam kegiatan sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.
  11. Status permohonan calon-calon yang layak akan dimaklumkan melalui SMS.
  12. Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu kedua Januari 2017(tarikh rasmi akan diumumkan kelak). Manakala bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2017.
  13. Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikut pengajian Tingkatan 4 di MTD tahun 2017.
  14. Pelajar tidak akan dikenakan bayaran semasa tempoh pengajian kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran dan kebajikan. Segala kemudahan yang disediakan adalah percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 setiap bulan.

Cara memohon

  • Permohonan Maktab Tentera Diraja 2017 boleh dilakukan secara online melalui laman web http://www.rmc.edu.my ataupun terus klik => Borang Permohonan Kemasukan MTD.
  • Tarikh tutup pada 30 November 2016.
  • Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03-89465565/03-89655562.