Semakan UPU 2017/18 Online

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Semakan UPU 2017/18 online ke Universiti Awam(UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) secara online telah dikemaskini. Sila rujuk maklumat di bawah ini untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Artikel ini akan saya update dari semasa ke semasa untuk disesuaikan dengan tarikh dan masa. Pelajar dinasihatkan supaya bookmark page ini terlebih dahulu.

Semakan keputusan permohonan UPU 2017/2018 ke IPTA

Semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Intitusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) bagi seisi 2017/2018 boleh dilakukan melalui dua cara.

Semakan keputusan permohonan UPU 2017/18 Ke IPTA Dan Politeknik Premier Secara Online

Semakan keputusan kemasukan pelajar bagi calon lepasan STPM/setaraf ke IPTA boleh bermula 1 ogos hingga 5 ogos 2017.

Manakala semakan keputusan UPU 2017 bagi calon SPM/setaraf boleh dibuat pada tarikh berikut:

  1. Universiti Awam/IPTA – tarikh semakan pada 14 Mei 2017 mulai jam 12.00 tengahari hingga 20 mei 2017
  2. Politeknik Premier – 14 Mei hingga 20 Mei 2017
  3. Politeknik Konvensional – 14 Mei hingga 20 Mei 2017

Semakan UPU secara online boleh dilakukan melalui link berikut :

  1. https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan/
  2. jpt.uum.edu.my
  3. jpt.utm.my
  4. jpt.unimas.my/
  5. https://intake.utm.my/semakan

INFO: Kemungkinan laman yang anda layari akan mengalami loading yang lama. Ini disebabkan ramai pengunjung cuba mengakses laman tersebut. Jadi pilih masa yang sesuai ataupun menggunakan perkhidmatan SMS sebagai alternatif.

Cara semakan melalui SMS sebagaimana di bawah:

  1. Taip UPU<jarak>RESULT<jarak>No KAD PENGENALAN
  2. Hantar ke 15888

Rayuan Ke Universiti Awam/Politeknik Premier

Permohonan rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja. Permohonan rayuan hanya boleh dibuat secara online sahaja selepas lima hari keputusan tawaran ke UPU diumumkan melalui portal UPU Online e-rayuan.

Semakan keputusan rayuan UPU boleh dibuat bermula pada 11 jun hingga 17 jun 2017.

7 Comments

  1. kayalvili ravanthiran
  2. yushaaffril
    • anrillisa
  3. kemal
  4. anrillisa
  5. Efony
  6. dowak

Leave a Reply