Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Cara semakan baki pinjaman PTPTN secara online dan sms. Adakah anda pernah membuat pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional? Jika YA, sudahkah anda melunaskan hutang tersebut? Ataupun anda dah bayar tetapi masih tak tahu berapakah jumlah baki pinjam yang sudah dibayar ataupun belum dibayar.

Anda risau?

Jangan risau kerana pada masa sekarang ini, kemudahan semakan melalui online dan SMS disediakan buat peminjam yang ingin mengetahui jumlah baki pinjaman dengan cepat dan pantas. Hutang walau sebesar mana pun mesti dibayar, jika tidak peminjam berkemungkinan akan disenaraihitam oleh mana-mana bank melalui CCRIS.

semak baki pinjaman ptptn

Lakukan langkah di bawah untuk semak baki pinjaman PTPTN

Isi Kandungan

Langkah dibawah ini saya bahagikan kepada dua kategori iaitu semakan melalui online dan juga melalui sms. Anda boleh salah satu yang lebih memudahkan anda.

Semak secara online

  1. Klik url -> https://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang “SEMAK”

Semak melalui SMS

  1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  2. Hantarkan ke 15888

*Setiap SMS akan dikenakan caj penghantaran sebanyak RM0.15 dan cas penerimaan sebanyak RM0.20.

Sekiranya anda inginkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi PTPTN melalui talian hotline 03-20804455.

Leave a Reply