Cara Kemaskini BR1M 2016 Online

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Cara kemaskini BR1M 2016 online dan permohonan baru BR1M 5.0 boleh dibuat bermula 5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015.

Bagi mereka yang telah menerima BR1M sebelum ini, anda tidak perlu membuat permohonan baru. Apa yang perlu anda buat ialah melakukan kemaskini maklumat BR1M sekiranya ada perubahan seperti maklumat akaun bank, waris, perubahan alamat tempat tinggal terkini. Bagi maklumat akaun bank hanya dibenarkan menggunakan akaun yang mempunyai nama pemohon sahaja.

kemaskini br1m 2016 online

Cara kemaskini BR1M 2016 online dan permohonan baru

Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan untuk memohon dan juga melakukan kemaskini permohonan BR1M 2016 iaitu secara online dan juga offline.

Cara memohon dan kemaskini permohonan BR1M 2016 secara online

Permohonan baru dan kemaskini BR1M 2016 secara online boleh dilakukan dengan melayari portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri. Maklumat-maklumat hendaklah diisi ke dalam borang secara atas talian melalui pautan link di bawah:

[su_button url=”https://ebr1m.hasil.gov.my/” target=”blank” style=”flat” center=”yes” rel=”nofollow” title=”https://ebr1m.hasil.gov.my/”]https://ebr1m.hasil.gov.my/[/su_button]

Cara memohon dan kemaskini permohonan BR1M 2016 secara offline

Selain pengisian maklumat melalui secara atas talian, anda juga boleh memohon dan kemaskini BR1M secara offline. Apa yang perlu anda lakukan ialah memuat turun Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016(borang BK-01 [1/2016]) melalui ruangan muat turun di bawah.

[su_button url=”https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/PERMOHONAN.pdf” target=”blank” style=”flat” center=”yes” rel=”nofollow” title=”MUAT TURUN BORANG BR1M BK-01″]MUAT TURUN BORANG BR1M BK-01 [1/2016][/su_button]

Borang BR1M 2016 yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada cawangan-cawangan LHDN yang berhampiran dengan tempat kediaman anda.

Tarikh pembayaran BR1M 2016

Proses pembayaran BR1M 2016 akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai awal januari 2016. Tarikh pembayaran akan dikemaskini di artikel bertajuk Tarikh Pembayaran BR1M 2016 Dan Cara Pembayaran. Sila baca.

3 Comments

  1. Thilagam
  2. AZILA BINTI MOHAMAD KHALID
  3. mohamad khuazamir aidil bin zamri

Leave a Reply