Takwim Sekolah Tahun 2016

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Takwim sekolah tahun 2016 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Beberapa tarikh penting seisi persekolahan diperincikan di dalam kalendar tersebut seperti tarikh seisi persekolahan bermula dan berakhir pada setiap penggal serta tarikh cuti sekolah 2016.

Jumlah hari dan minggu persekolahan juga dinyatakan di dalam takwim tersebut.

Takwim sekolah tahun 2016 Kementerian Pendidikan

Maklumat perincian takwim sekolah tahun 2016 mengenai penggal persekolahan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan juga kumpulan B. Kumpulan A terdiri daripada sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Manakala kumpulan B pula terdiri daripada sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Takwim persekolahan 2016 kumpulan A

Kumpulan A terdiri daripada negeri yang saya senaraikan di atas tadi, dimana hari cuti umum mereka pada hari jumaat dan hari sabtu. Rujuk gambar di bawah.
takwim sekolah tahun 2016

Takwim persekolahan 2016 kumpulan B

Kumpulan B pula bagi negeri-negeri yang cuti umumnya jatuh pada hari sabtu dan ahad sebagaimana yang saya nyatakan di atas tadi. Perincian dengan lebih detail dapat dilihat melalui gambar di bawah.
takwim persekolahan 2016

Sekiranya anda inginkan maklumat ataupun paparan yang lebih jelas tentang takwim sekolah tahun 2016, sila muat turun takwim tersebut di – SINI. Pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader.

Baca juga : Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Tahun 2016.

Leave a Reply