SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

SAPS NKRA semakan ibu bapa 2017 merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk kemudahan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan pelajar di sekolah secara online. SAPS merupakan singkatan dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Sistem semakan SAPS yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar samada keputusan Ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun dan juga peperiksaan akhir tahun secara online. Ianya amat memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi pencapaian akademik anak masing-masing.

Semakan ini hanya disediakan bagi darjah satu hingga darjah enam bagi sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah semakan SAPS hanya disediakan bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sahaja.

Cara Menggunakan Sistem SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa Secara Online

Cara untuk membuat semakan keputusan peperiksaan online adalah sebagaimana langkah-langkah di bawah. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik laman http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php untuk masuk ke paparan menu utama. Paparan kelihatan sebagaimana di bawah.
  2. SAPS semakan ibu bapa 2016

  3. Masukkan No KP/Sijil Lahir pelajar tanpa tanda “-” ataupun space(dirapatkan)
  4. Pilih samada sekolah rendah ataupun sekolah menengah dan diikuti dengan memilih tahun persekolahan
  5. Klik Semak Laporan. Anda akan dibawa ke menu seterusnya sebagaimana contoh gambar di bawah
  6. saps nkra semakan ibu bapa

  7. Masukkan data-data yang dikehendaki diruangan keputusan peperiksaan iaitu pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak seperti UJIAN 1, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN dan PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.
  8. Klik papar slip keputusan untuk lihat slip keputusan ataupun klik papar markah peperiksaan untuk melihat laporan markah peperiksaan
  9. Pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader sebelum melakukan cetakan

Semoga dengan adanya SAPS NKRA semakan ibu bapa 2017 secara online ini akan mampu meningkatkan prestasi akademik anak-anak kita.

7 Comments

  1. Nurul suhaida binti Zulkefli
  2. Idea Berita
  3. syahinda
  4. Malex Hensom Sabahan boys
  5. Navanesh

Leave a Reply