Cara Semak Status Terkini IPU Indeks Pencemaran Udara

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Cara semak status terkini Indeks Pencemaran Udara bagi seluruh negeri di Malaysia. Indeks Pencemaran Udara(IPU)/Air Pollutant Index merupakan skala yang digunakan untuk menilai status terkini IPU jerebu di Malaysia. Penilaian seperti ini juga digunakan di negara-negara luar, tetapi ianya dipanggil Pollutant Standards Index(PSI) ataupun Air Quality Index(AQI). Semakin tinggi bacaan IPU, maka semakin meningkatlah tahap pencemaran udara di sesuatu kawasan yang diukur.

Pada masa sekarang ini, Malaysia sedang mengalami masalah jerebu yang sudah berlanjutan hampir sebulan. Sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada kesihatan dan keselesaan penduduk di negara ini. Walaubagaimanapun orang ramai boleh membuat semakan status terkini IPU menerusi portal rasmi Department of Environment Malaysia secara online.

Cara Semak status terkini Indeks Pencemaran Udara Semasa Secara Online

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk semak bacaan IPU semasa bagi seluruh negeri di Malaysia.

  1. Layari portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia(DOE Malaysia) di apims.doe.gov.my.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama yang menyediakan pautan link ke Air Pollutant Index Malaysia System(APIMS). Sila klik pautan yang tertulis perkataan “Continue to APIMS”. Paparan sebagaimana gambarajah di bawah akan terpapar.
    status terkini ipu
  3. Sila perhatikan di sebelah kiri screen monitor anda, ada tertulis perkataan “API Table Hourly”. Klik dan anda akan dibawa ke halaman yang memaparkan bacaan IPU semasa mengikut tempat ataupun negeri. Ataupun anda boleh terus klik SINI untuk membuat semakan status terkini Indeks Pencemaran Udara setiap jam.

Klasifikasi Tahap Indeks Pencemaran Udara(IPU)

IPU Tahap Pencemaran
0-50 Baik
51-100 Sederhana
101-200 Tidak Sihat
201-300 Sangat Tidak Sihat
>300 Berbahaya

 

Baca juga : Cara Nak Buat Duit Dalam USD Di Internet

Leave a Reply