Jadual Perjalanan ETS Dan Harga Tiket Tren KL Sentral – Padang Besar

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Jadual Perjalanan ETS dan harga tiket tren ekspress KL Sentral – Padang Besar. Perkhidmatan keretapi elektrik(ETS) ataupun dalam bahasa inggeris ialah Electric Train Service merupakan satu kemudahan pengangkutan yang telah disediakan oleh pihak KTMB.

ETS KL Sentral – Padang Besar yang boleh mencapai kelajuan maksimum 140kmj akan berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang di 15 hentian. Hentian-hentian tersebut ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterwotrh, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan Padang Besar.

jadual perjalan ets kl sentral padang besar

Jadual Perjalanan ETS Ekspress KL Sentral – Padang Besar

Tren ETS akan bertolak dari KL Sentral pada pukul 9.30 pagi setiap hari dan akan tiba di Padang Besar pada jam 3.00 petang. Manakala tren dari Padang Besar pula akan bertolak pada pukul 4.00 petang dan tiba di KL Sentral pada pukul 9.15 malam.

Di bawah ini merupakan jadual perjalanan ETS yang lengkap di sepanjang laluan KL sentral – Padang Besar – KL Sentral.
jadual perjalanan ets ekspress KL Sentral - Padang Besar

Hentian EG9208 ke Padang Besar EG9209 ke KL Sentral
Padang Besar 15:00 16:00
Arau 14:42 16:15
Alor Star 14:24 16:31
Sungai Petani 13:57 16:56
Bukit Mertajam 13:38 17:15
Butterworth 13:14 17:24
Bukit Mertajam 13:05 17:47
Parit Buntar 12:51 18:00
Taiping 12:24 18:25
Kuala Kangsar 12:05 18:40
Ipoh 11:38 19:06
Kampar 11:17 19:26
Tapah Road 11:08 19:36
Tanjung Malim 10:32 20:10
KL Sentral 09:30 21:15

Harga Tiket ETS KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral

Harga tiket ets bagi satu laluan perjalanan samada dari KL Sentral ke Padang Besar ataupun dari Padang Besar ke KL Sentral adalah RM80 bagi penumpang dewasa dan RM44 bagi penumpang kanak-kanak yang berumur dari 4 tahun hingga 12 tahun.

harga tikei ets ekspress kl sentral padang besar

Tempahan/Pembelian tiket ETS Secara Online

Tempahan ataupun pembelian tiket ETS secara online boleh dibuat melalui laman KTMB E-Ticket SYSTEM.

Walaubagaimanapun sebelum melakukan pembelian secara online, pelanggan digalakkan menyemak terlebih dahulu mengenai status kekosongan tempat duduk anda(Seat Availability) semasa hari perjalanan nanti. Semakan boleh dibuat melalui pautan – Seat Avalability.

Ataupun sila layari laman www.ktmb.com.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Anda juga boleh menghubungi KTMB melalui talian 1-300-88-5862.

3 Comments

  1. adiek youne
    • Rossaimi
  2. zainal yunos

Leave a Reply