Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Tema dan logo hari kemerdekaan 2015. #Sehati Sejiwa merupakan tema hari kemerdekaan Malaysia pada tahun 2015. Tema ini dipilih bagi mengambarkan semangat kesepaduan, kekeluargaan, kesefahaman dan semangat kekitaan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan juga bangsa.

Pemilihan tema dan logo hari kemerdekaan 2015 telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada bulan jun 2015.

Bermula pada tahun 2015 juga, sambutan hari kemerdekaan dan juga Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulangtahun, sebaliknya mengikut tahun. Ini bertujuan untuk mewujudkan prinsip kesamarataan diantara semenanjung, Sabah dan juga Sarawak kerana Penggabungan Malaysia yang sebenarnya ialah pada 16 September manakala 31 Ogos hanya melibatkan semenanjung sahaja.

Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2015

Di bawah ini merupakan gambar rasmi logo hari kemerdekaan Malaysia pada tahun 2015.
logo hari kemerdekaan 2015

One Response

Leave a Reply