Cara Membuat Email Gmail Baru Percuma

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

cara membuat email gmail
Cara membuat email gmail gratis ataupun percuma ternyata amat mudah sekali. Tetapi bagi yang tidak tahu, sudah pasti akan merasa bingung bagaimana cara membuat email.

Apa yang pasti sekiranya anda membaca artikel ini, pastinya anda sedang mengalami kesulitan untuk membuat email yang baru di gmail. Saya akan cuba jelaskan dengan cara yang paling simple agar mudah difahami.

Kenapa ramai yang lebih gemar mempunyai gmail berbanding dengan yahoo(Ymail), microsoft(Hotmail) dan lain-lain. Ini kerana Gmail mempunyai feature yang lengkap berbanding pelayan-pelayan yang lain. Antara feature yang disediakan oleh pihak google(penyedia pelayan gmail) ialah platform blogger, google webmaster tool, google analytic dan sebagainya.

Boleh rujuk wikipedia tentang gmail di http://ms.wikipedia.org/wiki/Gmail.

Baca juga artikel : Cara buat blog sendiri
Baca juga artikel : Cara daftar akaun facebook baru

Mungkin ada sedikit perbezaan paparan pendaftaran gmail sebelum ini, tetapi ini merupakan paparan terbaru pendaftaran gmail untuk tahun 2015.

Cara buat email di Gmail Secara Percuma

Cara Membuat Gmail Gratis

Saya tidak mahu menceritakan gmail dengan lebih panjang, sebaiknya kita terus sahaja kepada tips ataupun tutorial bagaimana membuat gmail gratis dengan mudah. Pasti ada yang bertanya apakah maksudnya perkataan gratis. Perkataan gratis itu diambil daripada bahasa indonesia yang bermaksud percuma. Tidak ada maksud apa-apa cuma untuk menampakkan kelainan sahaja. Sila ikuti langkah berikut satu persatu:

    • masukkan maklumat yang diperlukan ke dalam ruangan kosong yang disediakan. Ruangan yang bertanda * mestilah diisi.
  1. Nama(name) : masukkan nama depan dan nama belakang anda.
  2. Pilih nama username anda(choose your username) : username ini akan digunakan sebagai alamat email anda.(alamat email tidak boleh dengan orang lain. result available akan dipaparkan sekiranya username tersebut belum digunakan).
  3. Password(Create a password) : masukkan password yang anda ingikan.
  4. Confirmkan Password anda(Confirm your password) : Masukkan password yang sama sekali lagi untuk pengesahan.
  5. Tarikh lahir(Birthday) : Isi tarikh lahir anda.
  6. Gender : Pilih jantina anda.
  7. Mobile Phone : Masukkan nombor handphone anda.
  8. Buktikan anda bukan robot(Prove you’re not robot): Tulis semula tulisan yang terpapar ke dalam ruangan kosong. Sekiranya anda skip, kemungkinan pengesahan akan dilakukan melalui handphone
  9. Location : Nama negara
  10. Tandakan ruangan kotak ” I agree to the google terms…”
  11. Klik NEXT untuk langkah seterusnya.
    • Setelah selesai semuanya, paparan get started sebagaimana di bawah akan dikeluarkan. Dah boleh guna akaun gmail tu.
  • Siap sudah cara membuat email untuk paparan gmail gratis pada tahun 2015. Mungkin cara ini akan berubah dari semasa ke semasa.

6 Comments

  1. eighty8
    • Rossaimi

Leave a Reply