Cara Buat Blog Sendiri Di Blogspot Langkah Demi Langkah Dari A sampai Z

Cara buat blog sendiri. Cara paling asas ini amat sesuai bagi yang belum pernah buat website ataupun blog. Bagi mereka yang sudah memiliki blog, adalah satu perbuatan yang membazir jika anda membaca tutorial ini.hahaha.

cara buat blog sendiri di blogspot

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya memilih untuk berkongsikan cara membuat blog sendiri untuk pemula menggunakan blogspot. Kenapa tidak memilih platform wordpress self hosted dan juga wordpress.com. Mungkin dilain masa saya akan kongsikan pula cara buat blog wordpress pula.

Secara peribadi saya sendiri mempunyai sebab tersendiri kenapa memilih platform blogspot. Antara sebabnya ialah blogspot merupakan platform percuma yang disediakan oleh pihak google kepada sesiapa yang ingin mempunyai blog ataupun website. Terlalu banyak sebabnya kenapa saya memilih blogspot, antara sebab tersirat ialah enjin carian terbesar di dunia adalah milik google.

Jadi buat blog berdasarkan produk google akan memberikan kelebihan kepada laman anda sedikit masa lagi. Jadi oleh kerana tutorial ini khusus tentang cara membuat blog sendiri percuma jadi tidak sesuai rasanya kalau saya ceritakan tentang kelebihan-kelebihan menggunakan blogspot ini. Mungkin lain kali.

Dengan menggunakan platform ini, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menyewa hosting. jadi dah kira berjimat kerana hanya perlu sewa domain sahaja.

Baca juga : Cara Bikin Blog Dari A sampai Z
Baca juga : Cara Daftar Blog Di Google Webmaster Tool
Baca juga : Cara Membuat Aplikasi Blog Untuk Handphone Android Secara Percuma

Cara buat blogspot sendiri dengan lengkap

Sebelum membuat blogspot sendiri, anda hendaklah mempunyai akaun gmail. Sila daftar akaun gmail jika anda masih belum mempunyai akaun email di gmail. Cara pendaftarannya adalah mudah sekali dan ianya adalah percuma. Rujuk artikel ini terlebih dahulu – Cara Membuka Akaun Email Baru Di Gmail.

Cara membuat blog sendiri di Blogspot

Jom kita lihat langkah demi langkah bagaimana cara membuat blog sendiri di blogspot. Nama blog yang saya gunakan ialah Blogger Pontian dan urlnya ialah bloggerpontian.blogspot.com.

    1. Setelah berjaya mendapatkan akaun gmail, Klik blogger.com. Saya memasukkan email dan password email yang telah didaftarkan. Paparan akan dikeluarkan sebagaimana di bawah
cara buat blogspot sendiri
    1. Paparan “Create your blog now” kelihatan. Ini bermakna saya masih belum mempunyai blog di akaun blogger ini. Klik icon “New Blog”.
    2. Saya memasukkan “Blogger Pontian” sebagai nama blog(tajuk/title)dan bloggerpontian.blogspot.com sebagai address ataupun alamat blog. Alhamdulillah “this blog address is available”. Ini bermakna url tersebut masih belum digunakan oleh orang lain. Jika anda ingin meletakkan nama blog, pilihlah nama blog yang mudah diingati dan sesuaikan dengan isi kandungan yang akan anda kongsikan nanti di blogspot tersebut. Hindari daripada menggunakan special character dan juga nama yang terlalu panjang.
    1. Ada beberapa template default yang disediakan. Saya hanya menggunakan template “simple” sebagai template blogspot blogger pontian ini.Klik “Create Blog”.
  1. Dah siap. Sudah boleh mula menulis dan menerbitkan artikel.

Sekian sahaja artikel paling asas cara buat blog sendiri. Jadi kita tidak perlu mengupah orang lain. Sekiranya ada pertanyaan dan pandangan sila nyatakan diruangan komen di bawah. Semoga tutorial cara buat blogspot sendiri ini dapat dimanfaatkan.