Cara Belajar Bahasa Mandarin Sehari-Hari

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Ramai yang berpendapat belajar bahasa mandarin adalah merupakan satu proses pembelajaran yang amat sukar sekali. Mana taknya bila disoal tentang huruf sahaja kita sudah tak tahu nak jawab. Apatah lagi kalau ditanya mengenai konsonan, tatabahasa dan juga nadanya pasti lagi susah jadinya. Tetapi semua itu akan dapat diatasi dengan mudah kalau kena dengan cara belajar bahasa mandarin yang efektif.

belajar bahasa mandarin

Dunia sekarang sudah berubah. Pada masa dahulu bahasa cina ini tidak begitu dipandang diperingkat antarabangsa khususnya didalam perniagaan. Bahasa inggeris digunakan dengan seluas-luasnya di dalam perniagaan antarabangsa dan ianya diiktiraf di seluruh dunia. Ini kerana pada masa tersebut negara-negara Eropah dan Amerika merupakan kuasa ekonomi dunia dan mereka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan.

Tetapi kini kuasa ekonomi dunia telah mula beralih ke China. China yang dilabelkan sebagai negara kelas kedua dalam bidang ekonomi pada masa dahulu telah menunjukkan perkembangan yang didalam dunia perniagaan dan mampu menenggelamkan kuasa besar dunia seperti Amerika dan sebagainya.

Perkembangan ekonomi China yang pesat telah menjadikan bahasa ibunda mereka turut berkembang selari dengan kemajuan ekonominya. jadi tidak hairanlah semakin ramai peniaga-peniaga besar dari luar China mula mempelajari bahasa mandarin semata-mata untuk memudahkan urusan perdagangan dengan China.

Oleh kerana perkembangannya selari dengan kemajuan ekonomi China, maka tempiasnya turut terkesan kepada negara kita Malaysia. Ini kerana lebih kurang 30% penduduk negara kita terdiri daripada mereka yang berbangsa Tionghua.

Kenapa perlu belajar bahasa mandarin

Peluang dalam perniagaan dan pekerjaan

Pada masa sekarang kedudukan bahasa ini sama pentingnya dengan bahasa inggeris. Mungkin ramai yang sedia maklum, kebanyakan syarikat-syarikat perniagaan yang bersaiz mega di negara ini dikuasai oleh orang cina. Sesiapa yang ingin membina kerjaya bersama mereka perlu belajar bahasa mandarin terlebih dahulu dan ianya merupakan satu syarat untuk diterima bekerja di syarikat milik mereka.

Kekurangan pengetahuan dan tidak fasih berbahasa cina boleh menjadikan peluang untuk diterima bekerja di syarikat mereka adalah tipis. Susahla kalau tidak fasih kerana boleh dikatakan semua urusan perniagaan sehari-hari dijalankan dalam bahasa mandarin. Mahu ataupun tidak, jika ingin bekerja perlu juga menguasai ataupun belajar bahasa mandarin.

Bahasa mandarin sesuai untuk belajar matematik

Anda tahu apa itu “Sempua”. Kalau tak tahu sila google ya. Ia merupakan satu sistem perkiraan yang menggunakan alat yang diberi nama “Sempua”. Jadi untuk menguasai sistem perkiraan ini, seseorang ataupun kanak-kanak perlu menguasai bahasa mandarin terlebih dahulu. Akan menjadi satu kelebihan kepada anak-anak sekiranya mereka tahu, iaitu potensi mereka untuk menguasai ilmu matematik amatlah tinggi.

Dihormati dan dipandang tinggi

Cuba kita fikirkan jika anak-anak kita mampu menguasai tiga bahasa sekali gus iaitu bahasa melayu, inggeris dan juga mandarin. Sudah tentu mereka akan dihormati dan juga dipandang tinggi. Ini juga akan mampu mengurangkan penipuan didalam perniagaan jik kita mampu bertutur dalam bahasa mandarin.

Halangan untuk menghadiri kelas mandarin

Saya percaya memang ramai ibu bapa yang inginkan anak mereka tahu berbahasa cina kerana dengan menguasai bahasa tersebut peluang untuk pergi lebih berjaya dimasa depan amatlah cerah. Namun pasti akan ada halangan untuk melakukannya seperti :

  1. Kelas-kelas bahasa mandarin jauh dari tempat tinggal.
  2. Kos pembelajaran agak tinggi bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai
  3. Anggapan ibu bapa sendiri bahawa bahasa tionghua ini amat sukar untuk dipelajari

Jawapan kepada halangan tersebut

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Terpulang kepada individu itu sendiri. Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Sebenarnya ada cara mudah belajar bahasa mandarin dengan dengan cepat. Ibu bapa tidak perlu bersusah payah untuk menghantar anak mereka ke kelas kerana ianya boleh dipelajari dirumah sahaja. Tak percaya, sila KLIK:Cara Belajar Bahasa Mandarin Sehari-Hari Dengan Mudah Dan Cepat.

Leave a Reply