Cara Main Clash Of Clans

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Cara main clash of clans – Sepertimana yang kita ketahui Clash Of Clans ataupun COC merupakan satu permainan strategi yang semakin popular hari ini. Permainan tersebut adalah berkisarkan tentang pertarungan diantara puak-puak suatu ketika dahulu.

Apa yang menariknya dalam permainan ini ialah anda merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab untuk membina dan memajukan kampung. Sebagai seorang pemimpin puak ataupun clan, anda mestilah menubuhkan satu pasukan yang mampu mempertahankan kampung daripada ancaman luar dan juga mampu menyerang puak-puak yang lain.

cara main clash of clans

Masalahnya jika anda masih belum pernah bermain dalam permainan game strategi seperti clash of clans ini, ia akan menjadi suatu permainan yang amat sukar dan mungkin akan membosankan. Oleh itu, Rossaimi akan berkongsikan pengalaman, tips dan juga triks didalam game clash of clans ini.

Gems digunakan untuk membeli builder

Perkara paling utama dalam game ini ialah gems. Gems merupakan matawang yang digunakan untuk membeli builder dan sebagainya dalam permainan ini. Anda akan mendapatkan gems secara percuma setelah berjaya sesuatu misi, tetapi percaya ianya amat sukar untuk dapat.

Ketika permulaannya anda akan diberikan dua builder ataupun pekerja secara percuma. Pekerja-pekerja ini digunakan untuk membuat bangunan. Akan tetapi untuk mendapatkan pekerja yang ketiga, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 500 gems. Jadi jangan gunakan gems untuk mempercepatkan pembinaan bangunan tetapi gunakan gems untuk membeli builder ataupun pekerja. Ini kerana pekerja yang ramai akan mampu membuat bangunan dengan lebih banyak.

Walaubagaimanapun, masih boleh mendapatkan gems dengan mudah. Anda boleh membeli secara langsung di Clash of Clans menggunakan kad kredit. Tetapi harganya sangat mahal untuk dibelanjakan terhadap sesebuah permainan.
beli gems clash of clans

Menyerang(Attack)

Satu perkara yang penting dalam clash of clans ialah menyerang. Seranglah kampung-kampung yang lain setelah and mempunyai ahli pasukan yang ramai. Ini kerana apabila menyerang, anda akan memperolehi lebih banyak gold dan juga elixr. Gold dan elixr didapati daripada Gold Mine dan juga Elixr Collector boleh digunakan untuk membantu kampung dan juga kubu anda. Oleh itu jangan lupa untuk melakukan “upgrade” terhadap golg mine dan juga elixr collector supaya gold dan elixr yang dimiliki dapat digunakan sepenuhnya.

Akan tetapi perlu diingat ketika menyerang pastikan elixr yang kita dapat dihabiskan sepenuhnya untuk tujuan kajian ataupun research di makmal ataupun laboratory. Kajian perlu dilakukan supaya kita dapat mengalahkan musuh dan mencuri peralatan-peralatan yang digunakan oleh musuh.

Selesaikan setiap achievements

Terlalu banyak achievements yang boleh anda dapati sekiranya mengetahui cara main clash of clans ini dengan betul. Anda boleh mendapatkan bintang, mengupgrade gold storage, mencuri gold dan sebagainya. Jika kita berjaya menyelesaikan sesuatu kerja sehingga mendapat archievements, maka sejumlah gems akan diberikan yang boleh digunakan untuk membeli pekerja ataupun builder.

Menyertai clan ataupun puak yang lain

Untuk menjadi clans yang kuat, anda perlu menyertai kumpulan clans yang lain. Dengan cara itu anda akan mendapat maklumat bagaimana untuk menjadikan puak anda lebih kuat dan jitu. Sebagai contoh mungkin akan ada clans yang anda sertai itu memberikan troop kepada anda supaya anda menjadi lebih kuat dalam permainan ini. Dengan pemberian troop yang kuat juga, akan mampu menjadikan anda dan kampung anda lebih bertahan apabila diserang nanti.

One Response

Leave a Reply