Jom Aktifkan Mykad

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Jom aktifkan mykad supaya ianya menjadi sebagai kad diskaun semasa kita membeli belah dikedai-kedai terpilih.Kenapa perlu diactivatekan? Apakah kelebihannya?
Semua pertanyaan sedemikian pasti akan berlegar-legar difikiran pembaca sekalian kan.

Terlebih dahulu Rossaimi jelaskan bahawa pengaktifan Mykad ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Ianya adalah percuma dan terbuka kepada rakyat Malaysia yang mempunyai Mykad secara sah.

jom aktifkan mykad

Mykad yang kita miliki sekarang terlalu banyak kegunaannya. Bukan setakat melakukan urusan rasmi di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) tetapi juga boleh digunakan Jabatan Pengangkutan Jalan, Imigresen, Touch N Go dan sebagainya. Terdapat lebih kurang 50 aplikasi yang telah dimasukkan di dalam Mykad.

Antara salah satu aplikasi ialah Mykad Smart Shopper.

Jom Aktifkan Mykad – Apa Itu Mykad Smart Shopper

Program Mykad Smart Shopper dibangunkan dan diuruskan oleh I Synergy Universal Sdn Bhd (ISU). ISU merupakan sebuah syarikat integrated retail marketing solution provider di Malaysia yang menganjurkan Mykad Smart Shopper Program sebagai salah satu program affiliate di bawah Affiliate Junction Network. Projek ini mendapat sokongan pihak kerajaan Malaysia seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan juga Multimedia development Corporation. Jadi pengguna mykad tidak perlu merasa takut akan ditipu nanti. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftar melalui agen-agen yang telah diberikan kuasa.

Program jom aktifkan mykad ini menawarkan diskaun istimewa kepada pengguna ketika berbelanja menggunakan Mykad di kedai-kedai terpilih. Terdapat lebih 400 buah kedai terpilih di seluruh negara pada masa kini dan ianya akan bertambah dari semasa ke semasa.

Bagaimana Untuk Mendaftar Mykad Smart Shopper Dan Menerima Diskaun

Anda boleh mendaftarkan Mykad anda secara percuma melalui agen-agen ataupun terus melalui Affiliate Junction Network. Anda boleh layari melalui link yang disediakan dipenghujung artikel ini.

Setelah membuat pendafataran Di Affiliate Junction dan mykad anda akan diaktifkan melalui AJ Affiliate. Untuk menerima diskaun selepas pembelian, anda hendaklah mengesahkan mykad anda dikedai-kedai yang mengambil bahagian.

Kalau nak tahu lebih lanjut sila layari website – Mykad Smart Shopper.

Jom Aktifkan Mykad Anda.

Penganjur Contest Jom Aktifkan Mykad

Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar dan ditaja oleh www.aktifmykad.com.

11 Comments

  1. AUC
  2. tokjogho
  3. Hajar Rash

Leave a Reply